Artikel PilihanPandu Uji

PANDU UJI NISSAN SERENA. MPV KONDOMINIUM

Pernah satu ketika dahulu, pasaran MPV melonjak naik apabila pertama kalinya Toyota Avanza diperkenalkan ke Malaysia. Tak banyak pilihan yang ada ketika itu untuk sebuah MPV berharga bawah RM100K.

Jurang perbezaan saiz dan harga juga melahirkan generasi MPV moden seperti Kia Carens (Naza CItra), Kia Carnival (Naza RIa), Proton Exora dan Perodua Alza. Antara sedar atau tidak, pasaran MPV atau cross over 7 tempat duduk masih lagi tinggi permintaannya di Malaysia.

Namun bagi MPV bersaiz penuh, pilihan yang ada dalam pasaran (selain recond) tidak banyak. Dalam pasaran hari ini ada Toyota Innova dan Kia Carnival. Tapi kami ke Pulau PInang pada awal tahun ni dan berpeluang pakai Nissan Serena J Impul, varian terbaru Serena C26.

Nah, tonton video di bawah sambil-sambil tunggu buka puasa tu.

Lepas tengok, jangan lupa subscribe sekali tauuu…

Google ads
Back to top button