Artikel Pilihan

5 TIPS PENTING PENGGUNA ENJIN TURBO

Enjin turbo kalau direka dengan cermat dan digunakan secara berhemah akan menunjukkan banyak kelebihan. Ye la, enjin kecil, cukai jalan tak sampai RM 100, jimat petrol, tapi kalau tekan sesedap rasa barulah penggunaan petrol akan naik. Jadi kami kongsikan beberapa tips pemanduan bagi kereta yang dilengkapkan dengan enjin turbo

1. Perhatikan suhu enjin kereta anda – jika saya menasihati anda untuk terus memandu dengan enjin petrol, namun jika anda memandu dengan menggunakan enjin turbo maka perkara yang sebaiknya ialah pastikan enjin anda mencapai suhu yang optimum sebelum memandu.

Kalau anda memandu pikap dengan enjin turbo disel, maka perkara ini mestilah diutamakan. Sekiranya anda memandu dalam keadaan sejuk, perkara pertama yang dirasakan ialah sistem turbo seperti tidak efektif dan tiada boost yang dihasilkan. Enjin berbunyi kasar dan tidak responsif.

Apabila enjin dipanaskan, minyak pelincir akan menjadi panas dan mencapai kelikatan yang sesuai untuk dialirkan ke semua komponen mekanikal terutama sistem turbo. Walaupun jarum penunjuk sudahpun mencapai takat optimum, adalah lebih baik untuk tunggu lagi seminit dua.

2. Perlahankan kenderaan – sekiranya anda baru pulang selepas membelasah enjin turbo anda dengan kejam, pastikan semasa hendak sampai ke destinasi anda perlahankan kereta anda agar aliran udara mampu menyejukkan semua sistem enjin apabila anda sampai di destinasi.

Lebih baik apabila anda sampai, pastikan enjin terus dihidupkan beberapa minit bagi membiarkan pam minyak enjin terus berjalan dan sistem penyejukan terus beroperasi. Kalau pakai turbo-timer lagi bagus. Apa yang berlaku ialah kita cuba elakkan minyak enjin terus berhenti pada satu hotspot yang akan menyebabkan minyak pelincir teroksida dengan cepat.

Akibatnya kualiti minyak pelincir merosot, ia tidak dapat membekalkan perlindungan yang sepatutnya pada komponen enjin dan menyebabkan enjin terdedah kepada hakisan.

3. Gunakan gear dengan betul – jika anda menggunakan gear manua, gunakan saja gear 3 atau 4 untuk memecut dan memotong kenderaan lain. Jika anda gunakan gear automatik, gunakan pilihan S (sport) atau D3 untuk mendapatkan kelebihan gear bagi menghasilkan tork. Jika gear anda tiada pilihan D3 atau S, humban saja gearbox ke sawah. Biar kubota Abam Japar guna.

Apa yang berlaku apabila anda menekan pedal minyak rapat ke lantai, pada gear yang tinggi dan RPM enjin yang rendah ialah anda meminta enjin menghasilkan kuasa pada RPM yang rendah dan enjin tidak boleh menghasilkan kuasa ketika itu. Jika anda menukar gear, anda akan menggandakan tork yang terhasil dan membantu anda memecut

Apa yang berlaku ialah apabila enjin mengesan anda meminta lebih kuasa, ECU akan menghantar lebih banyak bahan api. Tapi sayangnya sistem turbo tidak dapat membekalkan lebih banyak udara disebabkan boost yang dihasilkan belum cukup kuat. Pembakaran menjadi kurang sempurna dan hasilnya partikel asap akan dihambur keluar dari ekzos

Bagi enjin turbo dengan saiz enjin yang rendah, perbuatan menekan pedal rapat ke lantai untuk meminta kuasa dengan segera akan mendedahkan enjin kepada fenomena Low Speed Pre-Ignition. High Load pada RPM rendah akan menyebabkan enjin mengalami masalah ketukan. Anda boleh baca berkenaan fenomena LSPI di SINI

4. RON 100/97 – tiada masalah sekiranya anda menggunakan RON95 pada enjin turbo sekiranya ia dicadangkan oleh pengeluar. Melainkan anda telah melakukan modifikasi ekstrim pada enjin dan sistem turbo anda, maka menggunakan RON 95 akan menyebabkan masalah ketukan.

Sekiranya anda ingin mengurangkan masalah ketukan tanpa menukar petrol dari RON 95 ke RON 97 atau 100 terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan. Antaranya ialah retard timing atau mengubah masa pembakaran atau mengurangkan boost, namun strategi tersebut akan mengurangkan kuasa enjin.

Anda boleh menggunakan rich mixture (nisbah petrol yang tinggi berbanding dengan udara) namun ia akan menyebabkan penggunaan petrol akan meningkat. Jadi sekiranya anda telah melakukan modifikasi pada boost atau parameter enjin bagi meningkatkan kuasa, tukar sahaja pada petrol RON yang lebih tinggi bagi mengelakkan masalah ketukan

5. Berhati hati ketika selekoh – ketika mengambil selekoh tayar depan dan tayar belakang ada nilai slip angle yang sama. Slip angle merujuk kepada sudut yang dituju oleh tayar dengan sudut yang diambil oleh kereta ketika selekoh. Kereta yang stabil ketika selekoh ada nilai slip angle yang sama antara tayar depan dan tayar belakang.

Jika slip angle di bahagian depan melebihi tayar belakang, maka kereta anda akan mengalami understeer. Sekiranya slip angle tayar belakang melebihi tayar depan, maka anda akan mengalami oversteer. Semuanya berpunca daripada input yang diberikan kepada pemandu. Samaada anda sedang membrek dengan kuat dan mengambil selekoh dengan laju ia akan mengubah nilai slip angle.

Namun bagi kereta yang dikuasakan dengan turbo, anda akan mudah terdedah sewaktu anda mula memecut keluar dari selekoh. Anda akan membrek 50 meter di jalan lurus sebelum selekoh, menukar gear dan sewaktu ini boost anda akan berkurang disebabkan aliran ekzos mulai berkurang

Sebaik sahaja anda menekan minyak dengan mengejut bagi menaikkan kembali boost, tork akan dihantar pada tayar anda sehingga ia akan menggangu nilai slip angle. Tipsnya ialah pastikan kuasa enjin dihantar kepada tayar dalam keadaan progresif, bukan secara mengejut. Biasa mat saleh sebut throttle modulation, bagi menaikkan tork sedikit demi sedikit.

Nah, tengok video ni

https://www.youtube.com/watch?v=jB4cE7OowkQ

Tags
Google ads
Back to top button