Buletin

TOYOTA INGIN DAPATKAN RM38.9 BILION LINE OF CREDIT DARIPADA 2 BANK UTAMA JEPUN

Toyota Motor Corp. kini dilapor ingin mendapatkan jangka hayat kredit (line of credit) daripada dua bank terkemuka Jepun, Sumitomo Mitsui Banking Corp. dan MUFG Bank Ltd. sebanyak 1 trilion yen (RM38.9 trilion).

Toyota menyatakan ia perlu mempunyai dana yang cukup memandangkan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Biarpun pengeluar kenderaan terbesar Jepun itu mempunyai profail kredit paling kukuh, kos kreditnya bagaimanapun kian meningkat. Khamis lalu, Moody’s Investors Service menurunkan kredit rating Toyota kepada A1 daripada Aa3 dan meletakkannya dalam penilaian untuk diturunkan gred.

Firma penarafan itu juga telah menurunkan gred beberapa pengeluar kenderaan gergasi lain.

“Kami akan sentiasa menilai keperluan dana. Buat masa sekarang, belum ada sebarang keputusan dibuat,” kata jurucakap Toyota, Kensuke Ko.

Toyota merancang untuk menghentikan tujuh saluran pengeluaran di lima buah kilangnya bermula 3 April. Ia juga menangguhkan operasi di India selepas kerajaan mengumumkan perintah berkurung di rumah.

Toyota sebelum ini telah menangguhkan produksi di Amerika Utara, Perancis, UK, Filipina dan Brazil.  

Menurut laporan Goldman Sachs Group Inc. awal bulan lalu, COVID-19 dilihat mungkin mengikis 170 bilion yen (RM681 bilion) keuntungan lima pengeluar kenderaan terbesar di Jepun. – Bloomberg

Google ads
Back to top button