Buletin

PARAGLIDER LAYAN TOM AND JERRY DI UDARA. ADA SOFA LAGI

Siapa kata tidak boleh menghirup udara segar sambil chill di atas sofa empuk menonton program kegemaran anda. Ini yang dilakukan seorang paraglider profesional di Turki.

Hasan Kaval yang berasal dari Izmir, Turki, merupakan profesional paraglider tandem mengimpikan idea tersebut dua tahun lalu. Begitupun, dia hanya dapat merealisasikan impian itu baru-baru ini.

Pada 1 Julai lalu, Hasan memuatnaik video aksi dilakukan di Oludeniz yang merupakan destinasi dia melakukan aktiviti paragliding ketika musim panas sehingga menjadi viral.  

Dalam video berkenaan, dia terapung-apung di awangan bersahaja duduk di sofa berwarna merah sambil menonton TV. Glidernya telah dimodifikasi dengan memasang rig serta bingkai logam beroda untuk menyokong sofa dan set TV, lampu serta tempat rehat kaki.

Selepas beberapa minit berlepas, Hasan kelihatan tenang membuka kasut dan memakai selipar. Dalam keadaan selesa, dia telah membuka TV dan melayan kartun klasik Tom and Jerry.

Kalau sudah melepak di sofa dan menonton rancangan kegemaran mesti ada cip kentang dan satu tin Coke. Senario ini sangat biasa apabila beristirehat di rumah bezanya Hasan melakukan di atas udara.

Hasan berjaya mendarat dengan selamat berdekatan pantai dan terus menikmati cip kentang selepas bangun dari sofa. Orang ramai yang berada berdekatan tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri apa yang sedang berlaku.

Apa yang menakutkan dalam aksi ini, semasa meluncur di udara, Hasan tidak memakai tali pinggang keselamatan. Dia berkata berasa sangat tenang dan bagus.

Orang ramai sama sekali tidak digalakkan melakukan aksi tersebut. Ini kerana Hasan merupakan profesional dan pengajar paragliding. –autoevolution.

Google ads
Back to top button