Motosikal

DUCATI PANIGALE V2 TAMPIL WARNA WHITE ROSSO

Jentera Ducati cukup sinonim dengan warna merah. Begitupun, pengeluar jentera dari Itali ini memberi pilihan penampilan kepada model baharu Ducati Panigale V2.

Ducati Panigale V2 yang diperkenalkan pada bulan November tahun lalu boleh dimiliki dengan pilihan warna baharu putih (Rosso White).

Warna baharu ini menyerlahkan lagi garis geometri sekali gus menonjolkan reka bentuk Panigale V2. Dalam masa sama, aura kuasa dan sporty masih dikekalkan pada jentera ini.

Warna merah yang menjadi simbolik kepada jentera Ducati tidak dilupakan masih terdapat pada rim, liang kemasukan udara di hadapan dan deflector bahagian hadapan fairing.

Melengkapkan jentera sporty ini, logo Paningale V2 pada bahagian sisi yang mendapat inspirasi daripada grafik motosikal Ducati Corse.

Menurut rider Pramac Racing Team Francesco “Pecco” Bagnaia, Paningale V2 sangat putih dan cantik malah berbeza dibandingkan jentera sebelum ini.

“Walaupun, jentera ini merupakan street bike, agak mengejutkan kelajuan dimiliki Paningale V2 ketika melakukan cornering.

“Secara jujur,  ia sangat stabil dan motosikal ini membenarkan anda menunggang dengan pantas, selamat dan tidak memenatkan. Memiliki karakter dan personaliti kemenangan,” katanya.

Paningale V2 menawarkan khidmat enjin 955 cc Superquadro dengan kuasa maksimum 155 hp pada 10,750 rpm dan tork maksimum 104 Nm pada 9,000 rpm.

Enjin dua silinder mampu berfungsi dengan lebih daripada 70% tork maksimum sentiasa tersedia melebihi 5,500 rpm.

Ia sekali gus membenarkan pengendalian motosikal lebih baik apabila hendak keluar  dari selekoh dengan pantas. Chasis motosikal ini pula berdasarkan kerangka monocoque yang diinspirasikan daripada Panigale V4.

Tiada keraguan mengenai DNA motosikal sporty ini, peralatan elektronik yang serba lengkap dan moden, dengan menggunakan platform inersia enam paksi (6-axis inertial platform).

Pakej elektronik ini dikhususkan untuk keselamatan dan kawalan dinamik jentera merangkumi fungsi Bosch ABS, gearbox elektronik, kawalan operasi downshift dan daya tarikan, brek enjin serta kawalan roda.

Terdapat tiga seleksi tunggangan yang boleh dipilih melalui mod Race iaitu Race, Sport dan Street. Ia boleh diubah melalui papan pemuka 4.3 inci TFT berwarna.

Selain itu, casis Panigale V2 dipasang suspensi boleh laras penuh dengan Showa Big Piston Fork (BPF) berdiameter 43 mm dan penyerap hentak Sachs. 

Didatangkan bersama tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa II. Rekabentuk handel ergonomik dan tempat duduk selesa memastikan penunggang tidak penat terutama apabila mengharungi perjalanan jauh.

Panigale V2  dilengkapi sistem teknikal stereng damper dari Sachs manakala brek dari Brembo dengan angkup monoblok M4.32.

Manakala cakera berkembar pada roda depan didatangkan dengan saiz 320mm, serta cakera belakang pula jenis tunggal berukuran 245 mm.

Model Panigale V2 White Rosso boleh ditempah di pengedar Ducati bermula September 2020.

Google ads
Back to top button