Buletin

RENAULT CLIO ‘HENTAM’ PESAWAT BOEING 737 RYANAIR

Kemalangan agak luar biasa berlaku di Lapangan Terbang Alicante, Sepanyol apabila sebuah Renault Clio terbabas di bawah pesawat Boeing 737 milik Ryanair.

Penyiasat syarikat penerbangan, Ivan Castro Palacios memberitahu kejadia berlaku pada 12 April lalu.

“Clio berwarna putih terbabit tersepit pada bahagian bawah pesawat selepas melanggar bahagian fiuslaj,” tulis jurulatih dan juruterbang di Twitter.

Bagaimanapun, kemalangan terbabit tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Menurut AirLive, pemandu Renault Clio berkenaan terlupa untuk menarik brek tangan ketika parker kenderaan berkenaan.

Ia sekali gus mengakibatkan kenderaan bergerak sendiri sehingga terbabas pada bahagian bawah pesawat. – carscoops

Google ads
Back to top button