
PELUMBA MOTO3 JASON DUPASQUIER MENINGGAL DUNIA
Pelumba Moto3 Switzerland, Jason Dupasquier meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius pada sesi kelayakan Grand Prix Itali, umum penganjur MotoGP hari ini.
“Kami sangat sedih untuk memberitahu kehilangan Jason Dupasquier,” tulis MotoGP di Twitter.
“Bagi pihak seluruh keluarga MotoGP, kami mengucapkan takziah kepada pasukannya, keluarga dan orang tersayang. Anda akan dirindui Jason,” kata kenyataan itu.
Dupasquier, 19, yang beraksi pada musim kedua di Moto3, dilanggar oleh pelumba lain sebelum diseret di atas litar ketika sesi kelayakan, semalam.
Doktor bergegas ke lokasi kejadian dan selepas merawatnya selama 40 minit di litar, dia kemudian dikejarkan ke hospital.
“Pelumba muda itu melalui proses pembedahan dada sepanjang malam dan mengalami kerosakan otak,” kata jurucakap hospital kepada AFP.
Pasukannya, Pruestel GP sudah pun menarik diri daripada perlumbaan hari ini. – BH/SkySport
- BACA: SIAPA PALING BANYAK JATUH DALAM PERLUMBAAN MOTOGP, MOTO2 DAN MOTO3 MUSIM 2020? CUBA TEKA…
- BACA: DORNA BERI BANTUAN PRIHATIN NASIONAL KEPADA PASUKAN SATELIT MOTOGP, MOTO 2 & MOTO3
- BACA: YAMAHA NMAX SKUTER RASMI PADDOCK MOTOGP
- BACA: MICHELIN BIMBANG TAK CUKUP TAYAR UNTUK SESI UJIAN PRA-MUSIM MOTOGP DI LITAR LOSAIL







