Buletin

UMW TOYOTA MOTOR CATAT JUALAN KUKUH. BAKAL LANCAR COROLLA CROS HYBRID CKD TAK LAMA LAGI

Jualan Toyota dan Lexus mencerminkan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi November yang dijangka kurang berbanding TIV Oktober. 

Namun, permintaan untuk dua jenama ini kekal kukuh dengan 8,500 unit berjaya dijual di seluruh negara sepanjang Oktober, berbanding hanya 14 unit pada November.

Jumlah jualan keseluruhan bagi November adalah 8,486 unit yang terdiri daripada 6,620 kereta penumpang dan 1,866 kenderaan komersial (termasuk trak pikap). Bagi tempoh Januari hingga November, jualan keseluruhan kenderaan Toyota dan Lexus mencapai angka 63,105 unit, 26 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 50,074 unit.

Untuk model kereta penumpang, Vios kekal menjadi model Toyota paling laris dengan menyumbang 33 peratus kepada jumlah jualan. Sementara Hilux kekal sebagai trak pikap paling laris di Malaysia sejak tahun 2005.

“Sepanjang Disember, kami ada memberi penjimatan sehingga RM5,500 menerusi promosi “Now Is The Time”, untuk model-model terpilih. Langkah kerajaan meneruskan pengecualian cukai jualan nyata menawarkan lebih penjimatan kepada pelanggan,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Persediaan juga sedang dimuktamadkan untuk pelancaran kereta hibrid elektrik CKD pertama dalam masa terderkat. Model Toyota Corolla Cross Hibrid kini dalam peringkat pra-produksi di ASSB, kilang pemasangan UMW Toyota Motor di Bukit Raja, Selangor.

“Sejak kami membuka tempahan untuk Corolla Cross Hybrid, maklum balas yang diterima adalah baik. Kami gembira melihat ramai rakyat Malaysia berhasrat untuk beralih ke teknologi kenderaan hibrid elektrik. Toyota telah mengeluarkan kenderaan hibrid elektrik sejak akhir 1990-an dan sentiasa menambah baik serta memajukan teknologi agar rakyat Malaysia menerima manfaat hasil daripada eksperimen yang panjang ini.

“Kami sedar ramai pelanggan teruja untuk menerima Corolla Cross Hybrid mereka dan kami mohon anda semua bersabar. Ada banyak proses kualiti yang perlu dilaksanakan ASSB bagi menjamin kereta yang diserahkan memiliki piawaian tertinggi dalam semua aspek. 

“Saya juga ingin katakan yang sebaik saja kereta diserahkan, pemilik pasti akan mendapat pengalaman pemilikan dengan piawaian tertinggi,” kata Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Harga Corolla Cross Hybrid dijangka bermula RM137,000 (tidak termasuk insurans) bersama waranti kilang selama lima tahun tanpa had perbatuan. Selain itu, bagi memberi ketenangan minda kepada pemilik, jaminan 8 tahun/tanpa had perjalanan untuk bateri, converter dan Unit Kawalan Pengurusan Kuasa turut diberikan. 

Pelanggan juga boleh melanjutkan waranti selama dua tahun lagi, seterusnya menjadikan tempoh waranti selama 10 tahun. Ini merupakan kali pertama waranti sebegini ditawarkan dalam industri tempatan. 

Tempahan sudah boleh dibuat melalui mana-mana pengedar sah Toyota atau pusat pameran UMW Toyota Motor di seluruh negara.

Google ads
Back to top button