Buletin

PDRM TERIMA 23 UNIT MITSUBISHI OUTLANDER & ASX DARIPADA PLUS DAN ANIH BERHAD

Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini menerima 15 unit Mitsubishi Outlander 2.4 liter yang disumbangkan oleh Lebuhraya PLUS bagi tujuan penguatkuasaan di lebuhraya.

Majlis penyerahan diadakan Persada PLUS, Subang Jaya dan disaksikan oleh wakil daripada Mitsubishi Motors Malaysia (MMM).

Semua Outlander yang menjadi Kereta Peronda Lebuhraya EMPV) dan dikenali sebagai ‘Police Highway Eagle’ itu pasti dapat meningkatkan kecekapan penguatkuasaan, terutama sewaktu musim perayaan.

“Keselamatan ialah antara ciri terbaik Outlander dan sesuai dijadikan kenderaan keluarga. Kami berbesar hati kerana SUV ini memenuhi setiap keperluan PDRM dalam membantu mereka menjalankan tugas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

Dalam majlis berasingan, PDRM turut menerima lapan kenderaan Mitsubishi yang terdiri daripada Outlander 2.4 liter dan Mitsubishi ASX, disumbangkan oleh ANIH Berhad.

Sumbangan daripada kedua-dua pengendali lebuhraya ini bernilai RM3 juta.

Google ads
Back to top button