Buletin

PIHAK BERKUASA PENGANGKUTAN LOS ANGELES ANJUR PROGRAM ‘ONE CAR CHALLENGE’ – TAWAR BAYARAN LEBIH RM500

Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan Los Angeles melancarkan program baharu untuk bandar Santa Monica iaitu ‘One Car Challenge’.

Menurutnya, usaha tersebut adalah untuk mengekang tabiat pemanduan penduduk di bandar berkenaan.

Lebih menarik, program itu akan membayar 200 isi rumah untuk menggalakkan pemilik yang mempunyai banyak kenderaan, hanya menggunakan sebuah kereta.

Program ini dilaporkan menawarkan bayaran sehingga AS$119.80 (RM566) seminggu selama lima minggu bermula pada bulan November.

Tawaran lain termasuklah insentif bonus seperti kad Metro TAP yang mempunyai baki kredit AS$50 (RM236), serta lima hingga 10 pengangkutan percuma di Metro Bike Share.

Jika anda merupakan salah seorang daripada 91,000 penduduk Santa Monica dan memiliki banyak kereta, anda mempunyai masa sehingga 6 Oktober untuk mendaftar di laman web Metro.

Google ads
Back to top button