MAZDA SAHKAN MX-MIATA 2026 AKAN DIKUASAKAN ELEKTRIK
Mazda baru-baru ini mengesahkan bahawa MX-5 Miata 2026 akan dijana oleh elektrik dan bakal bekerjasama dengan Rohm Semiconductor serta Envision AESC.
Menurut Mazda, kerjasama itu melibatkan pembangunan motor elektrik dan bateri walaupun Mazda masih belum mendedahkan tahap elektrifikasi diperlukan, sama ada hibrid, hibrid plug-in atau elektrik sepenuhnya.
Pada 2019, Ketua penjenamaan dan R&D Mazda menyatakan Mazda Miata perlu beralih ke arah lebih mesra alam tetapi suka diingatkan, adalah penting untuk memastikan MX-5 kekal ringan.
Untuk rekod, model MX-5 2023 hanya mempunyai berat sekitar 2,400 paun, lebih ringan berbanding pesaingnya yang lain.
Sebagai perbandingan dengan beberapa EV ringan, Tesla Roadster, yang menggunakan gentian karbon adalah seberat 2,800 paun manakala kereta konsep Caterham Project V akan seberat 2,600 paun.
Jadi, Mazda MX-5 Miata elektrik sepenuhnya adalah tugas berat untuk dilaksanakan dan setakat ini, kita boleh menjangkakan model berkenaan bakal dipacu oleh hibrid konvensional atau plug-in.
Bukan itu sahaja, malah Miata adalah sebuah kereta mampu milik, di mana MX-5 2023 dijual bermula di bawah AS$30,000 (RM137,340).