BuletinMotosikal

PELUMBA JEPUN TERKEJUT DI LITAR SENTUL ADA ANJING MELINTAS!

Baru-baru ini, majalah permotoran terkenal Jepun Young Machine telah membuat ujian lapangan bagi mengetahui prestasi Honda CBR250RR dan Yamaha R25 facelif yang baru. Pada kali ini, mereka memilih litar Sentul di Indonesia.

Bagi sebuah litar perlumbaan bertaraf antarabangsa, pelumba ujian Maruyama terkejut melihat apa yang beliau temui sewaktu menunggang. Ia memang tak masuk akal kalau anda boleh bayangkan.

Tengah pulas throttle tiba-tiba ada biawak melintas, kemudian dalam pusingan lain, ada anjing melintas!

Ini memang gila dan merbahaya.

Selain dari kondisi permukaan litar ibarat baru meletus bom nuklear. Ternyata, kawalan terhadap perlumbaan juga sangat longgar. Kelihatan juga orang awam bertenggek di tepi jalan dan pekerja menyapu sampah di tepi litar dalam kawasan pagar perlumbaan.

Hahahahahah!

Menurut wakil Young Machine tersebut dalam komentarnya

“Cuaca baik sewaktu ujian kami jalankan untuk membandingkan antara Yamaha R25 dan Honda CBR250RR. Tapi saya perlu beritahu bahawa ujian ini sangat bahaya. Pertamanya kami dikejutkan dengan kehadiran biawak di atas trek. Kemudian ketika cuba melakukan ujian di laluan lurus, terdapat dua orang pekerja yang sedang menyapu di tepi landasan.”

“Bukan itu sahaja, ada anjing juga yang melintas di litar. Pada pusingan akhir pula, ada budak-budak bermain di sudut selekoh. Kesimpulannya kami kecewa dan terpaksa habiskan ujian ini lebih awal daripada yang dijadualkan”

GALERI

Google ads
Back to top button