ModifikasiMotosikal

APA PENDAPAT ANDA JIKA BEGINI RUPA YAMAHA NMAX FACELIFT

Sejak pertama kali dilancarkan pada 2016, Yamaha NMAX 155 berjaya memecahkan pasaran motosikal moped dengan tawaran cc enjin terbesar untuk sebuah skuter bukan maxi.

NMAX sebuah skuter yang ideal, ada kapasiti tangki bahanapi yang bagus, ruang simpanan bawah pelana yang luas dan kedudukan tunggangan yang sangat selesa.

Namun selepas tiga tahun pengenalannya, NMAX disebut-sebut akan mendapat varian facelift tak lama lagi. Ini mungkin berdasarkan trend terkini Yamaha yang lebih kerap “memperbaharui” model-model semasa mereka. Buktinya, R25 dan yang terbaru Y15ZR.

Ketika mencari-cari info mengenai NMAX facelift, kami terjumpa foto ini. Ya. Pertamanya, ia bukan facelift rasmi Yamaha, cuma rupanya yang menarik mungkin boleh jadi ilham kepada pereka Yamaha untuk mendapat idea di sini.

Ia dibuat oleh Lent Automodified, sebuah bengkel modfikasi di Indonesia yang kerap menghasilkan model-model custom yang menarik.

Sementara melihat hasil kerja lain yang drastik, kami rasa NMAX ini kelihatan lebih cool dan elegan. Ia menampilkan gugusan bahagian hadapan yang serba baru. Direka dengan memuatkan sepasang lampu utama Yamaha juga – NVX (atau Aerox di Indonesia)

Perumah bahagian hadapan NMAX ini diperbuat dari bahan gentian kaca. Sepertimana kerja-kerja rumah modifikasi yang popular, hasil kesempurnaannya memang terserlah. Layak untuk dipamerkan sebagai protaip buatan kilang pun!

Kit pengubahsuaian ini sebenarnya dijual secara umum berdasarkan tempahan. Jika mengikut harga senaraianya, ia agak munasabah, sekitar RM600 sahaja dan ini termasuk set lampu LED hadapan asli Yamaha NVX. Set ini juga boleh terus dipasangkan pada NMAX standard tanpa sebarang pengubahsuaian. Plug & play kata orang Perak.

GALERI

Google ads
Back to top button