Buletin

MAZDA MX-5 COTY 2015-2016 JEPUN!

Mazda MX-5 baru sahaja dinobatkan sebagai 2015-2016 Car of the Year Jepun.

mazda-mx-5-COTY-Japan-2015-mekanika (4)

Ini merupakan kali kedua roadster dua pintu itu menerima anugerah paling berprestij tersebut selepas generasi sebelumnya memperoleh pengiktirafan sama pada tahun 2005-2006.

MX-5 menjadi model ketiga Mazda dipilih sebagai penerima COTY Jepun dalam tempoh empat tahun selepas Mazda CX-5 (2012-2013) dan Mazda2 (2014-2015). Panel juri nyata memuji komitmen Mazda dalam menghasilkan sebuah kereta sports yang ringan dan seronok dipandu.

mazda-mx-5-COTY-Japan-2015-mekanika (3)

Formula itu tidak pernah berubah sejak MX-5 pertama dihasilkan 26 tahun lalu. MX-5 generasi keempat menampilkan teknologi SKYACTIV dan bahasa rekaan KODO – Soul of Motion yang begitu mengujakan.

Dari segi kualiti pemanduannya pula, Mazda terus berpegang kepada konsep Jinba Ittai (penungang dan  kuda menjadi satu). MX-5 menggunakan lakaran enjin di tengah, pacuan roda belakang, titik graviti yang rendah, mengoptimumkan posisi pemanduan dan mengurangkan berat sebanyak 100kg berbanding generasi terdahulu.

mazda-mx-5-COTY-Japan-2015-mekanika (2)

Roadster itu dipasang dengan bumbung jenis soft top yang mudah dibuka dan dioperasikan. Selain rangkaian teknologi keselamatan aktif terkini i-ACTIVSENSE, MX-5 kini turut mempunyai ruang but yang lebih besar.

“Terinspirasi dengan kemenangan ini, kami akan terus menghasilkan kereta yang menawarkan pemanduan menyeronokkan, selain ingin terus menjadi jenama pilihan pelanggan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mazda, Masamichi Kogai.

mazda-mx-5-COTY-Japan-2015-mekanika (6)

Di pasaran Malaysia, Bermaz Motor menawarkan MX-5 menerusi varian enjin SKYACTIV-G 2.0 dengan transmisi automatik enam kelajuan pada harga RM226,376 seunit (di atas jalan termasuk insurans).

Untuk mereka yang lebih gemarkan transmisi manual, Bermaz Motor dijangka membawa masuk versi itu tidak lama lagi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button