Artikel Pilihan

PEMANDU FINLAND DIDENDA HAMPIR RM600K LANGGAR HALAJU LEBIH 30KMJ – NOHHH!

Percayalah tiada siapa pun yang suka dikenakan saman halaju tetapi sekurang-kurangnya seorang usahawan dari Finland berfikiran positif selepas dikenakan saman bernilai hampir RM600k!

Usahawan bernama Anders Wiklof telah memandu dengan kelajuan 82 kmj di zon 50 kmj. Lebih sikit je pun dan sebaik menyedari halaju yang menurun, Wiklof segera menurunkan kelajuan beliau tapi malangnya polis berjaya merakam kelajuan beliau yang masih melebihi halaju ditetapkan.

Kenapa kami kata Wiklof ni seorang yang positif? Sebab dalam satu kenyataan belaiu kepada agensi berita di sana beliau kesal dengan apa yang terjadi tapi berharap agar wang denda yang dibayar beliau digunakan untuk perkhidmatan kesihatan melalui perbendaharaan kerajaan. Maksudnya beliau berharap agar wang tersebut tidak disalahguna. Banyak RM600k tu. Boleh buat sepuluh buah rumah untuk rakyat termiskin kalau di Malaysia ni.

Mungkin ada yang bertanya kenapa saman tersebut tinggi sangat? Lebih 30 kmj je pun. Jawapannya ialah kerana Finland antara negara yang mengenakan saman berdasarkan jumlah pendapatan seseorang. Wiklof pula ialah antara individu terkaya di Finland.

Tak cukup dengan denda tersebut, pihak berkuasa turut menggantung lesen memandu Wiklof selama sepuluh hari. Pergh, ketat betul peraturan. Kalau kat sini bayar lambat-lambat pun dapat diskaun. Opps.

Siapa Wiklof ni sebenarnya? Wiklof menguasai 100 peratus Wiklof Holding, sebuah syarikat dengan pelbagai cabang antaranya logistik, pembinaan, perkhidmatan helikopter, hartanah, pelaburan dan pelancongan. Kosmetik timbang kilo dan MLM dia tak main. Tak payah ceritalah berapa banyak untung dia dapat setahun.

Google ads
"
"
Back to top button