Artikel Pilihan

10000 SAMAN HALAJU DALAM MASA 2 MINGGU – INI DAH REKOD DUNIA

Apa-apa sahaja boleh berlaku di Amerika Syarikat dan kali ini di sebuah bandar kecil bernama Morrison di Colorado. Bandar ini diberi nama jolokan “perangkap halaju” kerana jumlah saman yang dikeluarkan oleh pihak polis di sana. Terbaru dalam masa dua minggu sahaja, dua kamera perangkap halaju berjaya merakam seterusnya mengeluarkan 10,287 saman! Bukan hanya orang awam malah ketua polis tempatan pun terkejut sekali.

Dua kamera baharu itu mula dipasang pada bulan Mac lalu tapi pada peringkat awal tiada saman dikeluarkan hanya amaran biasa sahaja. Namun bermula Mei ia mula mengeluarkan saman kepada pesalah halaju.

Satu unit kamera diletakkan secara kekal dipersimpangan jalan manakala satu lagi ialah jenis mudah alih mengikut keperluan.

Jumlah 10,000 saman direkodkan hanya dalam masa dua minggu dari 8 hingga 22 Mei. Kebanyakan saman dikenakan kepada pemandu yang memandu melebihi kelajuan di zon 40kmj.

Menurut Bill Vinelli, ketua polis Morrison, mereka kini terpaksa menaik taraf pelan data internet mereka supaya tidak menjejaskaln operasi kamera terbaru mereka. Beliau turut menerangkan yang jumlah 135 saman yang dikeluarkan oleh pegawai polis sepanjang bulan April tidak mampu menandingi 1,421 saman dalam masa sehari yang dikeluarkan kamera tersebut pada bulan Mei.

Lebih kelakar lagi bandar Morrison ini sebenarnya hanya mempunyai 397 orang penduduk sahaja.

Menurut jabatan polis, kamera itu sebenarnya bukan bertujuan mengumpul dana untuk kegunaan pentadbiran tapi lebih kepada mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati di jalan raya. Ye lah tu.

Walaupun bandar ini kecil sahaja tapi ia mempunyai tarikan pelancongan yang menggamit ramai pelancong saban tahun. Patutlah berdesup saman masuk. Memang tak patutlah pandu laju-laju kalau ramai pelancong memenuhi kawasan bandar kecil ni.

Korang yang kena saman ni pun satu, dah tahu tempat tu dari dulu lagi terkenal dengan speed trap yang korang bawa laju-laju tu kenapa? Otak tertinggal kat rumah ke?

Google ads
Back to top button