Peranti

PEMBESAR SUARA PHILIPS BT1300

WOOX Innovations baru-baru ini mengumumkan pelancaran pembesar suara mudah alih Philips BT1300 ke pasaran Malaysia. Bersaiz kompak dan muat sempurna di tapak tangan anda, ia menawarkan kualiti bunyi yang mengagumkan.

philips-bt1300-mekanika (7)

Pembesar suara penuh gaya itu didatangkan dengan ciri ketersambungan Bluetooth berupaya melakukan penstriman audio selama lapan jam secara berterusan. Bateri yang boleh dicas semula membolehkan anda menikmati audio daripada peranti mudah alih di mana-mana sahaja, sama ada untuk muzik, video mahu pun permainan.

Prestasi audio canggih itu boleh diperolehi di dalam pakej yang begitu kecil. Rekaan sudutnya membolehkan lontaran bunyi menjadi lebih luas. Anda perlu mendengar sendiri kualiti bunyi yang dihasilkan oleh gajet kecil ini untuk mempercayainya.

philips-bt1300-mekanika (1)

Fungsi anti-clipping memastikan penghasilan muzik yang kuat dan bebas gangguan, walaupun ketika bateri lemah.  Mikrofon binaan dalam pula membolehkan anda membuat panggilan telefon secara bebas tangan dan muzik akan dihentikan seketika secara automatik, kemudian disambung semula selepas panggilan dibuat.

Ciri audio-in pula memudahkan penyambungan ke hampir semua peranti elektronik Bluetooth tanpa sebarang masalah.

philips-bt1300-mekanika (3)

Melengkapkan lagi kecanggihan dan ciri mudah alih Philips BT1300 ialah tali pemegang tahan lasak serta sarung silikon pelbagai warna yang mampu melindunginya daripada calar, haus dan lusuh.

Ketua Perniagaan WOOX Innovations Malaysia, Andrew Tan memberitahu, Philips BT1300 direka bagi melengkapkan gaya hidup golongan urban nomad yang sentiasa bergerak dan inginkan pengalaman audio lebih baik tanpa perlu membawa gajet yang berat.

philips-bt1300-mekanika (6)

Philips BT1300 ditawarkan pada harga RM149 seunit dalam empat warna iaitu hitam, hijau, merah dan biru. Ia boleh didapati di semua gedung jualan utama di Malaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button