Buletin

FARNOVA OTHELLO HYPERCAR ELEKTRIK BUATAN CHINA. 1,810 HP/12,000 NM, RM1.2 JUTA SEUNIT

Syarikat China, Farnova mendedahkan prototaip jentera hypercar elektrik terbaharu dikenali sebagai Othello.

Othello didatangkan dengan berat 1,350 kg akan ditawarkan sebanyak 200 unit sahaja pada harga 1.86 juta yuan (RM1.2 juta).

Jentera elektrik terbaharu yang dibangunkan berdasarkan sportcar Qiantu K50 itu memiliki ukuran sepanjang 4,670 mm, ketinggian (1,145 mm) dan lebar (2,080 mm).

Model prototaip itu menampilkan rekaan moden dan agresif seperti pintu gullwing dan brek aero pada bahagian bumbung.

Ia mendapat khidmat pek bateri daripada syarikat Sweden, Northvolt yang mampu menjana 75 kWh dengan jarak perjalanan sejauh 600 km.

Kelajuan hyppercar berkenaan mampu mencecah sehingga 1,810 hp dan tork 12,000 Nm dengan pecutan 0 hingga100 km/j dalam tempoh masa 1.8 saat.

Othello juga mampu memecut 0-300 km/j dalam masa 8.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 420 km/j.

Hypecar berkenaan akan mula memasuki produksi pada tahun hadapan di kilang Changde, China.

Selain hypercar elektriik, Farnova mempunyai perancangan membangunkan bas elekrik, SUV, sedan dan crossover. – carscoops.

Google ads
Back to top button