TOYOTA PERKENAL SKUTER ELEKTRIK ‘PELIK’ C+WALK. HARGA RM12,000 SEUNIT
Pengeluar Jepun, Toyota mengorak langkah dalam memperkasa masa depan pengangkutan lebih pintar dan hijau dengan pengenalan C+walk.
Biarpun, skuter tiga roda berkenaan kelihatan agak pelik, ia dijangka akan menjadi kenderaan pilihan rakyat negara terbabit.
C+walk mampu menampung seorang penumpang sahaja bakal memasuki pasaran pada bulan hadapan.
Ia berupaya menampung beban sehingga mencecah 100 kg akan ditawarkan pada harga AS$3,070 (RM12,831) dengan warna dua tona hitam dan kelabu.
Skuter elektrik itu menampilkan ciri-ciri menarik seperti dilengkapi pengesan kemalangan untuk melindungi penunggang daripada terlanggar orang ramai di kaki lima.
Pek bateri skuter berkenaan boleh dicas sepenuhnya dalam tempoh 2.5 jam dan mampu berjalan pada jarak 14 km pada kelajuan 10km/j.
Difahamkan, Toyota akan berusaha untuk memasarkan skuter terbabit di pasaran untuk pengangkutan awam walaupun, C+walk kelihatan lebih sesuai digunakan pada kemudahan berskala besar seperti kilang ataupun lapangan terbang.
Selain itu, Toyota sedang dalam membangunkan skuter terbabit dengan tempat duduk seperti kerusi roda.
Kalau diikutkan pada harga berkenaan, lebih baik beli kereta terpakai kan. – carbuzz
- BACA: PASANGAN SUAMI ISTERI BELI TOYOTA RUSH BERNILAI RM80K GUNA SYILING. 3 TAHUN MENABUNG
- BACA: KENAPA TOYOTA COROLLA CROSS HYBRID GUNA BATERI NICKEL METAL HYDRIDE?
- BACA: PERALIHAN PENUH KE EV, JUTAAN INDIVIDU AKAN HILANG KERJA DI JEPUN – BOS TOYOTA
- BACA: TOYOTA COROLLA CROSS HYBRID, BAKAL DILANCARKAN MINGGU DEPAN?