Buletin

PEMENANG KEMPEN “Onefootball Brasil” DIUMUMKAN

Volkswagen Malaysia baru-baru ni mengumumkan pemenang bertuah kempen “Menangi sebuah Polo Sedan” sempena kemunculan aplikasi “Onefootball Brasil” yang bermula pada Mei lalu. 

VW-Onefootball-Brasil-mekanika (1)

Seorang peminat tegar sukan bola sepak dan jenama Volkswagen, Tee Jee Hung amat gembira apabila dimumkan sebagai pemenang sebuah Polo Sedan.

Sebelum ini, Volkswagen memulakan musim bola sepak dengan memperkenalkan aplikasi “Onefootball Brasil”. Aplikasi tersebut memberi peluang kepada peminat sukan itu di seluruh dunia untuk menikmati pengalaman bola sepak yang berbeza.

Justeru, Volkswagen Group Malaysia (VGM) juga telah menganjurkan satu peraduan yang bermula dari 22 Mei hingga 13 Julai 2014. Orang ramai hanya perlu mengunjungi mana-mana bilik pameran Volkswagen di seluruh negara dan memandu uji kenderaan Volkswagen untuk memenangi sebuah Polo Sedan.  

VW-Onefootball-Brasil-mekanika (2)

Tee Jee Hung yang berusia 268 tahun ialah antara ribuan peserta yang memandu uji kenderaan Volkswagen. Sepanjang tempoh itu juga aplikasi “Onefootball Brasil” telah dimuat turun sebanyak 26,000 kali di Malaysia

“Kami gembira kerana dapat memberikan momen istimewa kepada rakyat Malaysia sempena acara Piala Dunia 2014. Sama seperti pasukan Jerman yang memenangi Piala Dunia 2014, Polo Sedan menjadi bukti kepada prestasi, kualiti dan kecekapan terbaik,” kata Pengarah Pemasaran dan Komunikasi VGM, Petra Schreiber.

Dilancarkan pada 2013, Polo Sedan yang dipasang tempatan menawarkan prestasi tork terbaik dalam kelasnya iaitu 153Nm @ 3,800rpm. Ia juga mampu mencatatkan penjimatan bahan api sekitar 6.5 liter bagi setiap 100 kilometer.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button