Buletin

TAWARAN MERDEKA MITSUBSHI

Pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memulakan promosi “Mitsubishi Merdeka Deals” mulai hari ini sempena sambutan hari kemerdekaan negara tidak lama lagi.

Merdeka-deal-2014-mitsubishi-mekanika (2)

Kempen ini menawarkan pakej-pakej jualan menarik untuk para pelanggan yang membeli kenderaan mitsubshi mulai sekarang hingga 30 September depan.

Pelanggan yang membeli SUV kompak ASX akan menerima rebat tunai sehingga RM2,000. Ditawarkan pada harga RM114,743.50* (2WD) dan RM128,879.50* (4WD), ASX dikuasakan oleh unit enjin 2.0L MIVEC yang dipadankan bersama kotak gear automatik enam kalajuan INVECS-III CVT.

Merdeka-deal-2014-mitsubishi-mekanika (7)

Pembeli Pajero Sport (tahun 2013) pula layak menerima rebat tunai sehingga RM9,000 bergantung kepada varian yang ada. Pajero Sport GL berharga RM151,277.60*, manakala Pajero Sport VGT boleh anda miliki pada harga RM172,211.60* seunit.

Merdeka-deal-2014-mitsubishi-mekanika (1)

Kepada yang berminat untuk membeli Triton VGT GS, anda akan menerima rebat tunai sehingga RM5,000. Triton VGT GS berharga RM107,809.60* seunit.

Pajero Sport VGT dan Triton VGT GS dijana oleh unit enjin diesel 2.5 liter berkuasa tinggi yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 178PS dan tork 350Nm. Sementara sistem Variable Geometry Turbo (VGT) pula menawarkan lebih kuasa, pada masa yang sama tetap menjimatkan penggunaan bahan api.

Merdeka-deal-2014-mitsubishi-mekanika (5)

Sejak tahun 2005, MMM telah menjual lebih 80,000 unit kenderaan Mitsubishi di Malaysia. Rangkaian modelnya terdiri daripada Mirage, Attrage, Lancer GTE sedan, ASX, trak pikap Triton, Pajero Sport, Pajero dan kereta elektrik i-MiEV. MMM kini mempunyai 57 bilik pameran (43 ialah pusat 3S) dan 47 pusat servis di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my

*Harga di atas jalan tidak termasuk insurans untuk pendaftaran peribadi sahaja.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button