" "
Buletin

DINAMIKJAYA MOTORS UMUM KEMPEN ‘AUSTRALIA OPEN 2024 WITH KIA’ – TAWAR SEPASANG TIKET TERBUKA AUSTRALIA 2024

Pengedar rasmi jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd hari ini mengumumkan kempen ‘Australia Open 2024 with Kia’, bermula dari 1 hingga 30 November 2023.

Lima pemilik Kia bertuah berpeluang memenangi sepasang tiket untuk menyaksikan Terbuka Australia 2024 di Kia Arena di Melbourne, Australia pada Januari 2024.

Kempen berasaskan peraduan ini terpakai untuk mana-mana model Kia yang didaftarkan semasa tempoh kempen, seperti Karnival, Kia Sorento, Kia EV6 dan model baharu diperkenalkan, Kia Niro EV.

Selain didaftarkan sepanjang tempoh kempen, anda juga perlu melengkapkan borang penyertaan dalam talian, yang boleh didapati dari cawangan.

Sebagai rakan kongsi utama Terbuka Australia (AO), Kia memainkan peranan penting sejak 2022 dalam menyokong pemain di dalam dan di luar gelanggang sambil menggalakkan lagi perkembangan tenis di seluruh dunia.

Kia telah dikaitkan dengan tenis selama lebih 20 tahun dan mempunyai hubungan rapat dengan AO dan Duta global Kia, Rafael Nadal.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari www.kia.com/my

Google ads
Back to top button