
TESLA MODEL S PLAID PLUS ‘MATI’ SEBELUM DILAHIRKAN. PLAID SUDAH CUKUP PADU
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk mengesahkan Tesla Model S Plaid Plus secara rasmi tidak akan dibangunkan melalui laman rasmi Twitternya.
Ia berikutan Model S Plaid sudah cukup padu malah memiliki kuasa 1,020 hp dengan kemampuan memecut 0-96 km/j dalam masa 2 saat.
Kenderaan itu memiliki kelajuan maksimum mencecah 321 km/j dan berupaya mengembara sejauh 627 km pada sekali cas sahaja.
Sesuatu yang agak luar biasa bagi kenderaan standard.

Model S Plaid Plus yang ‘dibunuh’ sebelum dilahirkan dikatakan memiliki output 1,100 hp dengan jarak mencecah 837 km.
Jentera terbaharu yang tak jadi itu dijangka ditawarkan pada harga AS$150,000 (RM618,000) berbanding Model S Plaid yang memiliki tag harga AS$120,000 (RM494,400).
Dalam pada itu, secara umum, barisan Model S menerima beberapa penambahbaikan rekaan pada bahagian luaran dan dalaman.
Rekaan luaran mendapat sentuhan pada bahagian hadapan, belakang dan kabin turut dikemaskini untuk memberi keselesaan serta penampilan lebih mantap kepada para pelanggan. –carbuzz
- BACA: HARGA TESLA MODEL 3 DAN MODEL Y MENINGKAT.MUSK SALAHKAN ISU RANTAIAN BEKALAN
- BACA: TESLA GANTUNG PILIHAN BAYARAN GUNA BITCOIN
- BACA: REVIEW MODEL TESLA INI BUAT JEREMY CLARKSON DAN ELON MUSK BERGADUH BESAR
- BACA: BENGANG BREK MODEL 3 ROSAK, WANITA BUAT PROTES DI RUANG PAMERAN TESLA DI AUTO SHANGHAI 2021









