;
Buletin

PENCABAR BARU KELAS SUV. BORGWARD BX5. BERMULA RM118,950

Tahun lalu, SUV ini dipamerkan dalam Malaysia Autoshow yang diadakan di MAEPS Serdang. Ia kurang mendapat perhatian kerana diletakkan di dewan yang jauh dari tumpuan ramai.

Pun begitu, ramai yang bertanya berapakah harganya dan bila ia akan masuk ke pasaran tempatan. Nah. ia sudahpun rasmi. Borgward, SUV dari China ini didatangkan dengan lima pilihan varian dan dua pilihan enjin, 1.4 dan 2.0L.

Menariknya, harganya yang cukup kompetitif. Ia bermula pada harga RM118,950 sahaja.

Borgward BX5 is on sale in China and the price starts from RM 118,950!

Dikelaskan dalam segmen C, ia bertanding dengan Proton X70, Honda CR-V, Mazda CX-5, Nissan X-Trail, Peugeot 3008 serta Renault Koleos. Ia liga yang sangat kompetitif dan mencabar.

Ia bersaiz 4,490 mm X 1,877 mm X 1,675 mm dan jarak roda 2,685 mm. BX5 ditawarkan dengan lima varian dengan dua varian untuk enjin 1.4L turbo dan tiga varian dengan enjin 2.0L turbo engine. 

Enjin 1.4L ini menghasilkan sekitar 147 Hp dan tork of 250 Nm dan dipacu roda hadapan. Sementara enjin 2.0L turbo pula menghasilkan 221 Hp, dan tork 300Nm. Power juga kan?

Kotak gear bagi kedua-dua model ini ialah dari Aisin dengan kapasiti enam kelajuan. Kesemua model ini dipasangkan di sini dan kerana itu juga ia menawarkan harga yang kompetitif selepas mendapat pelepasan cukai pemasangan tempatan.

Borgward BX5 is on sale in China and the price starts from RM 118,950!

Berikut ialah harga yang diumumkan

  • BX5 1.4t : RM 118,950
  • BX5 1.4t TS : RM 130,950
  • BX5 2.0t : RM 138,950
  • BX5 2.0t TS : RM150,950
  • BX5 2.0t CRS : RM 156,950
Borgward BX5 is on sale in China and the price starts from RM 118,950!

Dari segi spesifikasi juga tidak menghampakan. Kesemua varian dipasangkan dengan enam beg udara ESC, ABS dan EBD sebagai peralatan standard

Tags
Google ads
Back to top button