Buletin

INIKAH WAJAH MITSUBISHI LANCER GENERASI KE-11?

Generasi ke-10 Mitsubishi Lancer mula diperkenalkan pada tahun 2007. Walaupun sedan tersebut sudah nampak begitu berusia, ia masih dijual di beberapa pasaran seperti Brazil, Mesir dan Taiwan sehingga sekarang. 

Sejak akhir-akhir ini, timbul laporan bahawa Mitsubishi sedang menimbang untuk memperkenalkan Lancer Evolution yang ikonik itu. Jika khabar angin itu bakal menjadi realiti, pastinya Mistbishi perlu menghasilkan Lancer biasa terlebih dahulu. 

Apatah lagi kini Mitsubishi telah menjadi sebahagian daripada pakatan Renault-Nissan. Maksudnya, ia mempunyai akses kepada lebih banyak platform, enjin dan modal. Ketika semakin ramai yang bosan dengan SUV, sedan mungkin kembali ada harapan untuk sedan menjadi pilihan pengguna. 

Jadi, firma reka bentuk Kolesa dari Rusia dilihat cuba untuk membayangkan bagaimanakah rupa Lancer generasi ke-11. Hasilnya nyata menarik. Menggunakan bahasa rekaan terkini Mitsubishi Dynamic Shield, sedan itu dipasang dengan gril hadapan seperti yang ada pada Eclipse Cross dan Triton. 

Menjadikan sedan Renault Megane sebagai asasnya, foto render itu juga menyaksikan penggunaan sepasang lampu utama LED yang nipis dan lampu nyalaan siang (DRL) besar. Aspek dinamiknya dipertingkatkan dengan skim warna dua tona. 

Bumbung dan tiang A diwarnakan hitam, kontras dengan badan kereta yang berwarna putih, diinspirasikan daripada model konsep Mitsubishi Engelberg. 

Beralih ke bahagian belakang, Lancer mengaplikasikan rekaan lampu yang memanjang dari hujung ke hujung. Bampar tampil agresif dengan kemasan seperti peresap udara pada bahagian tengahnya. 

Kalau begini rupanya, tidak mustahil ramai yang suka. Betul tak? 

Google ads
Back to top button