Artikel PilihanBuletin

PENEMUAN 174 KERETA DALAM GUDANG LAMA – BAK LA SINI SATU

Pernah dengar istilah ‘Barn Find’ tak? Alah yang mat saleh selalu jumpa kereta-kereta lama dah bangsal lama ataupun gudang tu. Biasanya kalau jumpa pun satu dua kereta kat dalam tu. Kalau nasib baik dapat la sebuah motosikal lama sebagai bonus tapi lain pula ceritanya kali ini. Bukan satu atau dua buah tapi 174 buah sekaligus ditemui dalam sebuah gudang lama di London!

Terperanjat babun penduduk sekitar bila dapat tahu tentang penemuan ini. Ini dah kira barn find terbesar di dunia. Semuanya dalam keadaan berdebu tetapi terlindung dari dari panas, hujan mahupun salji kerana berada di tempat tertutup.

Pelbagai koleksi model-model unik bergabung dalam satu bumbung dari Morris-Minor klasik, Mercedes-Benz klasik sehinggalah kepada beberapa model Porsche.

Semua kereta dikatakan adalah koleksi peribadi seorang pengumpul yang tidak didedahkan identitinya. Jangan ada sesiapa yang tiba-tiba claim pak menakan dia pulak lepas ni.

Menariknya sebahagian kereta ini masih dalam keadaan baik dan boleh dihidupkan walaupun kelihatan dicemari debu. Malah beberapa model mempunyai ruang dalaman yang sangat-sangat bersih terutamanya bagi model-model yang berbumbung. Kira suci dalam debu la ni.

Bagi model convertible pula memang jenuh la nak bersihkan balik. Tapi rasanya takdelah besar sangat modal nak bersihkan debu tu. Nak jimat beli je bulu ayam.

Tapi bukan semua berada dalam keadaan tip top. Ada juga yang memang dah masuk kategori half-cut, cuma tak kena potong dua je. Kami bukannya tamak tapi kalau dapat VW Combi tu pun jadilah. Trade mark hippies tu oo.

Antara koleksi paling menarik ialah Porsche 911 1973, BMW 2002 1975, Mercedes G-Wagen 1987 dan pelbagai model-model klasik Mercedes dan Range Rover. Berapa nilai semua kereta-kereta ini. Ow… tak mahal mana. Hanya sekitar 1 juta pound sterling yang bersamaan dengan RM5.75 juta lebih kurang. Tak mahal kan?

Google ads
Back to top button