Buletin

SEMPENA KEMERDEKAAN NEGARA KE-64, BMW MALAYSIA TERIMA 64 PRA-TEMPAHAN BMW iX. BULANAN BERMULA RM4,888

Sejak dibuka lima hari lalu, BMW Group Malaysia sudah menerima 64 pra tempahan untuk model elektrik pertamanya, BMW iX. 

Orang ramai boleh membuat tempahan menerusi pautan INI dengan bayaran RM5,000 sahaja. Dua varian akan ditawarkan iaitu BMW iX xDrive 40 dan BMW iX xDrive50. 

“Kami komited untuk membentuk mobiliti masa hadapan menerusi peralihan ke arah mobiliti elektro dengan menggiatkan penyediaan infrastruktur pengecasan di Malaysia serta meluaskan lagi jaringan pengedar BMW i dengan segera di bandar-bandar utama di Malaysia,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser.

xDrive40 dilengkapi dua motor elektrik berkuasa 322hp dan 630Nm yang membolehkannya melakukan pecutan 0-100km/j dalam masa 6.1 saat. Sementara xDrive50 yang turut menggunakan dua unit motor elektrik bagaimanapun memiliki output kuasa lebih tinggi 516hp dan 765Nm. Pecutan 0-100km/j lebih pantas dengan 4.6 saat sahaja. 

SUV elektrik berkenaan dikatakan mampu mencatat jarak sejauh 630km dengan sekali caj. Jadi anda tidak perlu bimbang lagi dengan masalah jarak perjalanan seharian.

Buat pertama kalinya, iX dilengkapi ciri BMW IconicSounds Electric yang dibangun hasil kerjasama dengan komposer dan pemenang anugerah, Hans Zimmer. Ia membolehkan pelanggan menikmati kualiti bunyi unik berkualiti tinggi. 

100 orang pelanggan terawal akan menerima pemasangan alat pengecasan dan akses caj percuma selama setahun. Tawaran itu terhad sehingga 22 September 2021. 

Melalui pelan pembiayaan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, jentera iX boleh dimiliki dengan bayaran bulanan bermula RM4,888 (anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh 5 tahun). 

Google ads
Back to top button