Artikel Pilihan

PENGECUALIAN SST PADA KENDERAAN PASTIKAN EKONOMI NEGARA BERGERAK

Terdapat satu pepatah Mat Saleh mengatakan “Jika Amerika bersin, negara lain akan demam”. Pepatah ini dikeluarkan ketika Amerika ketika itu memiliki kuasa beli paling besar di dunia. Sebarang perubahan polisi kerajaan Amerika atau kemerosotan ekonomi dunia akan membuatkan banyak negara yang bergantung pada eksport ke Amerika akan terjejas. Pada tahun 2019 nilai import Amerika ialah sekitar 2567.45 billion USD

Ini diikuti oleh negara China sebanyak 2078.9 billion USD. Persamaan kedua dua negara ini ialah negara ini ialah ekonomi negara mereka turut terjejas disebabkan pandemik COVID-19 dan kedua-dua negara ini merupakan rakan dagangan Malaysia yang utama. Isunya ialah, jika perdagangan luar negara merosot salah satu cara untuk menghidupkan aktiviti perniagaan ialah merancakkan ekonomi tempatan.

Satu cara yang pihak kerajaan boleh buat ialah dengan menghapuskan cukai jualan (SST) pada kereta pemasangan tempatan dan hanya mengenakan 50% SST pada kereta import pasang siap. Kami cuba tengok kesan pelaksanaan polisi ini pada ekonomi negara

1. Perbelanjaan dalam negara meningkat – apabila cukai ini dihapuskan atau dikurangkan, ia akan menggalakkan rakyat untuk berbelanja dimana duit tadi akan bergerak dalam ekosistem ekonomi negara. Kalau duit tadi kekal dalam satu tempat seperti KWSP, pemulihan ekonomi negara akibat COVID 19 akan mengambil masa yang lebih lama

Tanyalah mana-mana pakar ekonomi tempatan, mereka mengakui perbelanjaan dalam negara oleh rakyat untuk produk tempatan akan memastikan ekonomi negara kekal dalam unjuran positif.

2. Ekosistem ekonomi yang sihat – dalam sektor automotif anda perlu lihat big picture bukannya kebaikan yang diterima oleh perunding jualan sahaja. Syarikat pengeluar automotif, syarikat pembekal, syarikat pengedar, syarikat logistik, institusi perbankan, institusi takaful serta pihak lain (syarikat pemasaran dan pengiklan) dalam second tier yang bergantung pada sektor automotif terus beroperasi

Berdasarkan data pada tahun 2019, sekitar 700,000 rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam ekosistem industri automotif. Mereka menyumbang kepada 4% kepada GDP Malaysia.

3. Promosikan kereta lebih selamat – kalau kita lihat 10 tahun yang lepas, kereta yang dihasilkan di Malaysia menjadi lebih selamat dengan wujudnya badan pemantau seperti ASEAN NCAP. Jadi bila lebih ramai rakyat memilih untuk membeli kereta yang lengkap dengan ABS, sistem kawalan cengkaman ESC serta dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 2 beg udara keselamatan

Sebagai contoh Perodua G Extra yang datang dengan ESC kini RM 1050 lebih murah tanpa SST. Secara tak langsung kita boleh mengurangkan risiko kemalangan dan juga risiko kemalangan maut pada pengguna jalan raya. Kehilangan nyawa akibat kemalangan maut adalah satu perkara yang amat perit pada ahli keluarga yang ditinggalkan.

4. Promosikan enjin lebih bersih – satu perkara yang amat menyakitkan mata memandang ialah asap yang keluar dari corong ekzos kereta – kereta lama yang tidak diselenggara dengan sempurna. Ketika negara lain menggalakkan rakyat bertukar kepada EV, pengguna Malaysia masih lagi bergelut dengan asap keluar seperti hendak buat salai daging.

Jadi diharapkan dengan insentif yang diumumkan oleh kerajaan, lebih ramai pengguna jalan raya bertukar kepada kereta yang lebih mesra alam, kurang pengeluaran asap dan gas karbon dioksida.

Cuma penulis terfikir, kalau dah banyak kereta baru apa akan jadi pada kereta lama. Mungkin pihak kerajaan boleh fikir satu polisi dimana pemilik kereta lama boleh melupuskan kenderaan lama mereka dan kerajaan boleh memberikan satu voucher (mungkin bernilai RM5000-10,000) yang boleh digunakan untuk pembelian kereta baru

Dengan cara ini, masalah kereta buruk bersidai tepi jalan, dalam taman perumahan dan menyemakkan mata dapat diselesaikan. Pada masa yang sama kita akan merancakkan lagi aktiviti kitar semula bagi produk automotif yang menjana ekonomi setempat serta menjaga kelestarian alam.

Google ads
Back to top button