Motosikal

MBS2026: MFORCE BAKAL PREVIU SKUTER ADVENTURE 250CC DUA SILINDER

Segmen skuter adventure 250cc di Malaysia bakal dimeriahkan dengan sebuah model serba baharu dari jenama baharu yang akan diperkenalkan MForce Bike Holdings Sdn Bhd. 

Umum sedia maklum MForce akan memperkenalkan beberapa jenama baharu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang, hujung bulan ini. 

Menariknya, MForce akan turut mempamerkan beberapa model dari jenama baharu tersebut. 

Bagaimanapun, kami difahamkan, antara yang akan dipamerkan kepada umum adalah sebuah skuter adventure 250cc dua silinder. 

Model tersebut merupakan antara future model yang akan dipasarkan di Malaysia pada satu tarikh yang akan diputuskan kemudian. 

Antara ciri yang mencuri tumpuan yang ditawarkan skuter berkenaan adalah kedudukan enjin yang berada di tengah berbanding di belakang seperti skuter konvensional lain. Ini adalah ciri sama yang ditawarkan SYMA ADXTG 400. 

Sebagai sebuah skuter adventure, model ini juga menawarkan rim lidi dengan saiz 17” depan dan 15” belakang. Tangki bahan api pula berkapasiti 13-liter sementara ruang letak barang boleh memuatkan sebuah helmet full-face. 

Orang ramai berpeluang menyaksikan model baharu ini di MBS 2026. 

Google ads
Back to top button