Buletin

PENGEDAR BMW TAK PASTI KAEDAH JUAL EV?

Pengeluar kenderaan BMW bersedia berdepan peralihan lanskap automotif ke arah elektrik.

Terbaharu, jenama BMW memperkenalkan iX dan bakal diikuti i4 malah melakukan perubahan besar di kilang Munich, Jerman.

Ia merupakan langkah-langkah syarikat terbabit memastikan separuh pengeluaran adalah daripada rangkaian elektrik menjelang tahun 2023.

Bagaimanapun, terdapat isu baharu yang tercetus dalam pembaharuan berkenaan.

Dalam laporan Bloomberg bersama salah seorang Ahli Lembaga Pengurusan BMW AG, Pieter Nota, cabaran paling besar menjual kenderaan elektrik (EV) adalah melatih pengedar jualan kereta.

“Kita menembusi pasaran pada masa tepat apabila permintaan sedang melonjak dan pengecasan mencapai kemajuan tinggi,” katanya.

Pengarang Kanan Inside EV, Tom Moloughney, yang turut serta dalam perbincangan tersebut berkata salah satu halangan terhadap elektrifikasi secara besar-besaran adalah para pengedar tidak diberikan pendedahan yang sepatutnya berhubung pembaharuan tersebut.

“Menjual kenderaan elektrik akan mengambil masa tiga hingga empat kali lebih lama berbanding menjual kenderaan pembakaran dalaman,” katanya.

Antara masalah yang bakal dihadapi para penjual termasuk berkaitan dengan teknologi.

Sebagai contoh apakah perbezaan pengecasan Level 1 dan Level 2?

Justeru, beberapa pengeluar kenderaan melakukan perubahan dengan memberi program latihan berhubung EV untuk memastikan kelancaran jualan kelak. – carbuzz

Google ads
Back to top button