Motosikal

LIVEWIRE DEBUT DEL MAR LAUNCH EDITION. 100 UNIT SAHAJA, RM77,000 SEUNIT

LiveWire mendedahkan jentera elektrik Del Mar Launch Edition yang terhad kepada 100 unit sahaja.

Del Mar Launch Edition mendapat sentuhan warna eksklusif kelabu (Jasper Gray) dan indigo (Comet Indigo) dipadankan rekaan rim istimewa.

LiveWire memaklumkan sentuhan cat dan grafik memerlukan masa lima hari untuk disiapkan manakala lukisan pada set rim 19 inci mendapat inspirasi dari papan litar moden.

Selain livery dan rim edisi terhad, model Launch Edition dan produksi menggunakan platform LiveWire terbaharu, S2 Arrow.

Modular arkitek menampilkan bateri proprietary, motor, pengecasan dan sistem kawalan dibangunkan makmal LiveWire di Mountain View, California, Amerika Syarikat (AS).

Del Mar mampu menjana kuasa mencecah 80 hp dan kelajuan 0-100 km/j dalam tempoh 3.5 saat dengan sekali cas sahaja.

Jentera Del Mar Launch Edition ditawarkan pada harga bermula AS$17,699 (RM77,601).

Para pelanggan boleh membuat tempahan dan penghantaran dijangka pada tahun hadapan.

Model produksi S2 Del Mar pula akan dijual pada harga bermula AS$15,000 (RM65,767)-rideapart.

Google ads
Back to top button