Buletin

NAZA BAWA SUZUKI KEMBALI KE MALAYSIA. KITA BOLEH BELI SWIFT, JIMNY DAN VITARA!

Suzuki Motor Corp dikatakan sedang berunding dengan Kumpulan Naza untuk kembali ke pasaran Malaysia, tiga tahun selepas keluar dari negara ini akibat persaingan sengit dalam segmen kereta kompak. 

Memetik laporan Malaysian Reserve, rundingan di antara Suzuki dan Naza dijangka disempurnakan tidak lama lagi. Jenama dari Jepun itu bakal berada di sini seawal tahun ini.

Mereka kini sudah berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan perjanjian kerjasama. 

Sumber mengesahkan bahawa Suzuki akan menjual model-model popularnya seperti Swift, Jimny dan Vitara. Dengan perkembangan ini, jelas Suzuki tidak akan berkolaborasi dengan Berjaya Corp Bhd (BCorp) untuk memasarkan kenderaannya. 

Suzuki yang cukup terkenal dengan jentera kompak dan boleh dipercayai meninggalkan Malaysia pada tahun 2016 selepas proses rasionalisasi bersama Proton Holdings Bhd dan DRB-Hicom Bhd.

Di bawah perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2015, Proton diberi akses ke atas model, platform, rangkaian kuasa dan teknologi Suzuki, di samping bantuan teknikal yang spesifik. 

Perjanjian dengan Kumpulan Naza bagaimanapun hanya melibatkan penjualan kereta Suzuki. Manakala pengedaran motosikal Suzuki pula akan diteruskan seperti sedia ada. 

Naza kini mengedar beberapa jenama automotif seperti Maserati, Mercedes-Benz, Kia, Peugeot, Citroen dan Ducati.

Google ads
Back to top button