Buletin

PENGEHAD KELAJUAN? TAK MAU, KAMI NAK LAJU – POLESTAR

Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa Volvo akan menghadkan kelajuan semua model produksinya kepada 180km/j sahaja.

Rancangan yang bakal bermula dengan model tahun 2021 itu nampaknya tidak disenangi oleh satu jenama di bawah Volvo, Polestar.

Sedia maklum bahawa Polestar adalah divisyen berprestasi tinggi Volvo. Mana boleh dah buat kereta bukan main laju, nak hadkan pula.

Justeru, apabila dihubungi oleh media, Polestar menegaskan ia tidak akan mengikut arahan tersebut  

“Saya bolehkan sahkan yang Polestar tidak akan menghadkan kelajuan keretanya. Ia tidak sesuai dengan ethos jenama ini,” kata jurucakapPolestar dengan yakin.

Ini sememangnya satu berita baik kerana Polestar baru sahaja memperkenalkan Polestar 2 EV yang didakwa mampu mencatat kelajuan 0-100km/j dalam masa bawah lima saat. Terima kasih kepada kuasa 402hp yang dapat diektrak daripada motor elektriknya.  

Pengumuman Volvo untuk menghadkan kelajuan semua kenderaannya dibuat oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Håkan Samuelsson.

“Langkah ini berbaloi dilaksanakan walaupun ia hanya menyelamatkan satu nyawa. Kami mahu mulakan perbincangan mengenai sama ada pembuat kereta berhak atau mempunyai tanggungjawab untuk memasang teknologi yang mampu mengubah tingkah laku pemandu,” kata Samuelsson.

Untuk makluman, parlimen Eropah kini sedang berusaha untuk memastikan semua kereta baharu dipasang dengan peranti Bantuan Kelajuan Pintar (ISA) bermula tahun 20222.

Google ads
Back to top button