Buletin

VOLVO DIIKTIRAF SEBAGAI SYARIKAT PALING BERETIKA DI DUNIA – KALI KETIGA BERTURUT-TURUT!

Volvo Cars telah diiktiraf sebagai syarikat paling beretika di dunia 2019 oleh Ethisphere Institute yang merupakan peneraju dalam mendefinisi standard etika amalan perniagaan.

Ini merupakan kali ketiga Volvo Cars menerima pengikrafan yang sama. Daripada 128 buah syarikat yang disenaraikan, hanya empat syarikat berada dalam kategori automotif.

“Perniagaan yang bertanggungjawab menjadi asas kepada budaya kami. Sebab itulah kami menggalakkan aspek ini kepada kakitangan dan rakan-rakan perniagaan.

“Pendekatan beretika ini bukan sahaja sesuatu yang betul untuk dilakukan, malah membantu kami mengekalkan pekerja terbaik di dalam syarikat,” kata Naib Presiden Kanan Kumpulan Perundangan dan Pengurusi Lembaga Kelestarian Volvo Cars, Maria Hemberg.  

Volvo Cars telah menjalankan program Kepatuhan & Etika sebagai komitmen untuk menjalankan perniagaan secara bertanggungjawab, serta mengurangkan risiko perundangan.

Sebagai sebahagian daripada program ini, kod yang dikenali sebagai “Our Code – How we Act” yang berdasarkan kepada standard serta konvensyen antarabangsa ditetapkan. Kod itu wajib diikuti oleh kakitangan dan rakan niaga apabila berurusan dengan Volvo Cars.

Selari dengan komitmen memupuk budaya beretika, Volvo Cars telah membangunkan latihan dan amalan perniagaan untuk semua kakitangan. Di samping latihan khusus untuk pengurus yang fokus kepada tingkah laku dan menjadi model contoh.

Tahniah Volvo!

Google ads
Back to top button