Buletin

PROTON PERSONA 2019 – 4 VARIAN, 303 PENAMBAHBAIKAN, TEMPAH RM9.99 SAHAJA

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Proton hari ini memperkenalkan versi tambah baik sedan popularnya, Persona kepada media di Centre of Excellence, Shah Alam.  

Sebagaimana yang anda tahu, sedan segmen C ini mula diperkenalkan tahun 2007. Dalam tempoh 12 tahun, Persona telah menerima banyak penambahbaikan yang dilihat sesuai dengan peredaran zaman.

Menjadi model terlaris Proton, sebanyak 322,623 units Persona sudah terjual termasuklah di pasaran luar seperti Asia Barat dan Australia.  

Jadi, untuk model tahun 2019, jentera ini nyata lebih menyerlah menerusi 303 naik taraf melibatkan beberapa aspek.

Antaranya ialah prestasi brek, rating GCPA, kesenyapan kabin (NVH), penjimatan bahan api dan tahap kepuasan pelanggan yang lebih baik.

Proton bakal melancarkan Persona pada bulan ini. Ia ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard (MT), Standard (AT), Executive CVT dan Premium CVT.  

Gril baharu

Sama seperti Iriz dan X70, Persona facelift hadir dengan gril hadapan dengan sedikit motif sulaman dan rekaan Ethereal Bow yang menjadi wajah baru untuk model-model baharu Proton. 

Bagaian bawahnya dilengkapi sepasang lampu nyatlaan siang DRL LED nipis yang hadir dalam perumah berwarna hitam. Sebagaimana yang anda boleh lihat, rekaan rim juga baru.  

Bahagian belakang pula, logo Proton digantikan dengan perkataan PROTON. Perkadaran bahagian itu diseimbangkan dengan spoiler kecil.

Sementara bahagian bawah dimantapkan lagi dengan kemasan krom, lampu kabus dan bampar berwarna hitam.

Ketua Proton Design, Azlan Othman memberitahu Persona tampil dengan siluet lebih moden dengan pandangan sisi yang elegan. Ditanya kenapa lampu belakang itu dikekalkan, Azlan menyatakan keputusan itu diambil bagi emmastikan Persona kekal mampu dimiliki oleh penguna.

Hi Proton!

Disasarkan kepada golongan muda, Persona hadir dengan ciri arahan suara Hi Proton menerusi head unit bersaiz tujuh inci.

Persona juga ialah model pertama dalam segmennya yang mempunyai ciri kad SIM binaan dalam. Dengan ketersambungan 4G dan Wifi, anda boleh menstrim muzik, melakukan navigasi secara dalam talian.

Ciri lain yang ada pada skrin infohibur itu ialah kamera undur dan paparan bantuan parkir.

Enjin 1.6L

Persona masih menggunakan unit enjin VVT bersesaran 1.6 liter yang mampu menjana kuasa 107hp dan tork 150Nm. Enjin itu dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan atau CVT.

Tipikal sebuah Proton, Persona sarat dengan sistem keselamatan aktif dan pasif. Senarai ciri keselamatan termasuklah Electronic Stability Control, Traction Control, ABS, EBD, Brake Assist, Brake Override System, 6 beg udara, tali pinggang keledar dua regangan, struktur badan teknologi Hot Press Forming (HPF), Impact Sensing Door Unlock serta cagak ISOFIX.

Sekiranya berminat, anda boleh menempah Persona baharu pada harga cuma RM9.99 sehingga 22 Mac 2019.

Hah.. tunggu apa lagi.  

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button
Close