Buletin

FORD THUNDERBIRD BAKAL JADI EV?

Pengeluar kenderaan, Ford memohon tanda dagangan bagi nama Thunderbird sekali gus memberi gambaran bahawa model yang pernah dibangunkan bakal menemui semula peminat automotif.

Tanda dangangan tersebut telah difailkan kepada Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat pada 13 Januari lalu.

Menurut permohonan itu, ia akan digunakan pada kenderaan bermotor iaitu kenderaan bermotor konsep, kenderaan bermotor empat roda.

Thunderbird mula digunakan pada produksi kereta convertible dua tempat duduk untuk kegunaan di jalan raya berbanding di litar pada tahun 1955.

Ia mula memasuki produksi bermula 1955 sehingga 1997 malah pernah berdepan masalah sebelum kembali semula sebagai roadster retro pada tahun 2002 hingga 2005.

Bagaimanapun, apa yang akan berlaku kepada nama cukup popular itu masih samar-samar.

Pengarah Jenama Global Ford (kenderaan elektrik), Jason Castriota pernah memberitahu syarikat berkenaan ingin memasukkan kembali nama warisan model kenderaan sebagai kenderaan elektrik.

Kemungkinan besar, Thunderbird terbaharu kelak akan ditawarkan sebagai kenderaan elektrik kepada umum. – carscoops.

Google ads
Back to top button