Buletin

PRESIDEN TOYOTA MENGESAHKAN KOMITMEN MEREKA UNTUK KEKAL BERSAMA WRC UNTUK JANGKA MASA PANJANG

Presiden Toyota Motor Corporation Koji Sato telah membuat pengumuman bahawa mereka akan terus memberikan komitmen terhadap kejuaraan FIA World Rally Championship (WRC) semasa sidang media sejurus tamat Rally Estonia baru baru ini.

Koji Sato, yang menggalas tugas selaku CEO dan juga Presiden pada awal tahun ini membuat pengumuman terbuka tersebut ketika sidang media pusingan kelapan kalendar WRC di Rally Estonia yang turut dimenangi oleh pemandu mereka, Kalle Rovanpera.

Pengeluar kereta terkemuka dari Jepun itu kembali semula ke pentas WRC pada 2017 dan sejak itu telah memenagi tiga gelaran dunia kategori engeluar dan empat gelaran dunia bagi kategori pemandu. Bercakap kepada media di taman servis Rally Estonia, Koji Sato menegaskan bahawa komitmen Toyota terhadap WRC kekal teguh untuk jangka panjang.

“Kepulangan kami ke WRC benar-benar dimulakan oleh Pengerusi kami, Akio Toyoda,” jelas Koji Sato. “Sekarang saya telah berjaya sebagai Presiden dan sebenarnya tiada perubahan dalam paksi bagaimana kita mengejar WRC”.

“Ia bukan sahaja WRC, tetapi berkenaan dengan sukan permotoran dan penyertaan, ini akan kekal sebagai paksi kami dan di mana kami boleh mendapatkan cara untuk membuat kereta yang lebih baik. Bagi Toyota, ini akan menjadi asas di mana kita boleh membuat kereta yang lebih baik, jadi ianya tidak akan berubah, terutamanya membabitkan WRC”. ujar Koji Sato lagi.

Bagi Toyota sendiri, perjalanan sejauh ini melangkaui bukan sahaja WRC kerana ia melihat masa depan dengan tumpuan untuk membangunkan kenderaan yang memenuhi keperluan semua peminat. Menurut Koji Sato lagi mereka mengatakan bahawa sebagai pengeluar kereta, Toyota akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan dan kehendak walau pun terdapat perbezaan di rantau tertentu. Dan Toyota akan kekal komited untuk menyediakan pelbagai pilihan kepada seluruh penggemar kereta di serata dunia.

Toyota juga tidak mahu terlalu bergantung kepada mana – mana jenis trenkuasa seperti hanya hibrid. Toyota juga aktif dalam membuat kajian mengenai hidrogen, EV dan juga e-bahan api. Sudah tentu kajian tersebut meliputi keperluan tenaga di setiap wilayah yang berbeza bagi memenuhi keperluan sesuai dengan kawasannya.

Sebelum ini, Toyota pernah mempamerkan GR Yaris yang menggunakan tenaga hidrogen sewaktu Goodwood Festival baru baru ini.

BACA : TOYOTA GR YARIS RALLY2 BAKAL BERAKSI DI ERC & WRC

BACA : RAHSIA KALLE ROVANPERA MEMANDU UJI JENTERA TOYOTA YARIS WRC AKHIRNYA TERBONGKAR

Google ads

B K

Back to top button