SEBASTIAN OGIER AKAN MENYERTAI EKO ACROPOLIS RALLY GREECE
Pemandu rali lagenda, Sebastian Ogier akan kembali semula ke saingan FIA World Rally Championship (WRC) musim ini dengan menyertai EKO Acropolis Rally Greece pada bulan hadapan.
Sebastian Ogier akan menyertai rakan sepasukan Toyota Gazoo Racing yang lain seperti Kalle Rovanpera dan juga Elfyn Evans untuk menyertai edisi ke 70 perlumbaan di Greece nanti yang bakal menyaksikan perlumbaan akan diadakan di kota Lamia, tengah bandar Greece dari 7 hingga 10 September nanti.
Sudah pasatinya Sebastian Ogier menyasarkan kemenangan keempat buat beliau musim ini setelah kali terakhir beraksi dalam saingan WRC adalah di Safari Rally Kenya. Dan disebabkan kepulangan Sebastian Ogier dalam pasukan, maka Takamoto Katsuta yang muncul pemenang podium di Rally Finland akan memandu jentera keempat Toyota GR Yaris Rally1 dan tidak akan mengutip sebarang mata untuk pasukan.
Saingan terdekat sudah pastinya datang daripada rakan sepasukan beliau Kalle Rovanpera yang juga pemenang Rally Greece pada tahun 2021 yang kini sedang mendahului carta pemandu dengan kelebihan 25 mata bagi mengekalkan tahta WRC yang dimenanginya tahun sudah.
Dan buat Elfyn Evans yang berada di kedudukan kedua keseluruhan, kemenangan di Secto Rally Finland baru baru ini sudah pasti menjadi tonik terbaik buat beliau untuk terus memberikan cabaran kepada pendahulu yang juga merupakan sepasukan beliau.
Sementara itu, pemenang Rally Greece 2022, Thierry Neuville sudah pastinya mahu mengulangi pencapaian tersebut sekali lagi walau pun prestasi beliau dan pasukan Hyundai Motorsport dilihat sedikit terumbang ambing musim ini.
Beliau akan ditemani oleh rakan sepasukan Esapekka Lappi dan juga Dani Sordo. Dani Sordo juga sama seperti Sebastian Ogier, akan membuat kemunculan semula selepas aksi terakhir adalah di Kenya.
Dan untuk pasukan M-Sport Ford, sudah pastinya episod duka dalam dua perlumbaan rali sebelum ini mahu dilupakan. Mereka pasti mahu bangkit daripada kekecewaan dan tugasan itu akan diterukan oleh Ott Tanak dan juga pemandu muda Perancis Pierre-Louis Loubet. Sudah tentu rehat selama empat minggu daripada perlumbaan ini memberikan sedikit kelegaan buat pasukan M-Sport Ford ini untuk reset dan bangkit semula kelak di Greece.
Malah kehadiran pemandu persendirian Jourdan Serderidis yang bakal memandu jentera ketiga Ford Puma Rally1 juga diharapkan memberikan keputusan yang terbaik kelak. Pemandu tuan rumah tersebut akan membuat penampilan keempat beliau musim ini dalam saingan WRC.
BACA : WRC 2022 – APA YANG MENARIK TENTANG RALLY GREECE 2022
BACA : WRC 2022 – THIERRY NEUVILLE & HYUNDAI CEMERLANG DI RALLY GREECE