Buletin

HONDA MALAYSIA DAN SOCAR SEDIAKAN 50 UNIT CITY UNTUK FRONTLINERS

Honda Malaysia hari ini mengumumkan kolaborasi dengan SOCAR untuk menyediakan 50 unit Honda City untuk frontliners yang juga pelanggan Honda. 

Program itu dilancarkan untuk golongan forntliner yang tidak dapat menggunakan kenderaan masing-masing sepanjang tempoh yang mencabar ini. Ditawarkan selama sebulan, Honda berharap inisiatif ini dapat memudahkan pergerakan mereka yang terjejas dari rumah ke tempat kerja. 

Tidak perlu bimbang kerana Honda Malaysia akan menanggung caj sewaan kereta tersebut. Tertakluk kepada terma dan syarat, berdasarkan kepada siapa cepat, dia dapat.

“Dalam masa yang sukar ini, Honda ingin membantu golongan frontliners yang sudah banyak berkorban untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

“Bagi pihak Honda Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama. 

Maklumat lanjut, frontliners yang terjejas boleh melayari laman web: www.honda.com.my/customer_service/enquiry 

Google ads
Back to top button