Buletin

PENUMPANG MEMBEBEL SETIAP KALI ANDA MEMANDU? INI SEBABNYA…

Setiap kali musim cuti atau perayaan, berjuta-juta kenderaan akan berada di atas jalan raya di seluruh negara.

Sama ada kita sedari, ramai pemandu terpaksa berdepan dengan leteran daripada penumpang mereka. Persoalannya, kenapa mereka suka berleter kepada pemandu?

Satu kajian yang dilakukan oleh Ford mendapati leteran boleh menyebabkan pemandu rasa tertekan. Menurut kajian tersebut, 52 peratus penumpang berleter kerana mereka tidak yakin dengan keupayaan pemandu mengendalikan kenderaan.

Hampir 49 peratus menyatakan mereka takut perkara buruk boleh berlaku. Sementara 31 peratus lagi memberitahu mereka rasa lebih selesa jika dapat mengawal kenderaan.

Sebanyak 37 peratus responden pula menyatakan mereka sudah menjadi penumpang begitu lama, jadi meleter sudah menjadi seperti satu maklum balas yang biasa.

Di bawah ada beberapa sebab kenapa penumpang rasa ingin menegur cara pemanduan anda:

  • Memandu secara berbahaya: 92 peratus
  • Teknik pemanduan: 82 peratus
  • Memecut laju: 68 peratus
  • Mengikuti rapat kenderaan di hadapan: 61 peratus
  • Pemanduan yang terganggu: 51 peratus
  • Pemanduan yang tersengguk-sengguk: 34 peratus
  • keluar dari garisan jalan: 33 peratus

Anda ada perangai di atas? Jika ada, sila masuk kelas memandu semula.

Google ads
Back to top button