Buletin

PENYAMUN LICIK, SAMUN BEG TANGAN DI STESEN MINYAK – MANGSA RUGI RM500

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial memaparkan dua orang penyamun mencuri beg tangan seorang wanita di stesen minyak.

Menerusi video tersebut, mangsa kelihatan baru sahaja selesai mengisi minyak tanpa menyedari suspek sedang menunggu dirinya membuka kunci kenderaan.

Dalam sekelip mata, suspek berjaya menyamun beg tangan mangsa yang diletak di tempat duduk penumpang hadapan.

Menyedari dirinya disamun, mangsa bagaimanapun cuba mengejar suspek yang menaiki motosikal namun tidak berjaya.

Difahamkan, wanita tersebut mengalami kerugian sebanyak RM500 dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Video tersebut meraih ribuan tontonan dan hampir 400 perkongsian di Facebook.

“Sebelum dan selepas sentiasa tengok sekeliling, apa lagi dekat pam minyak gelabah saya masuk terus lock,” komen seorang pengguna Facebook.

“Nak tengok resit atau telefon masuk dalam kereta. Itu sebabnya keselamatan diri sendiri penting walaupun di tempat orang ramai.”

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin meminta saksi yang mempunyai maklumat menghubungi talian hotline polis Cheras di talian +603-92845050 atau +603-92845051, atau talian hotline polis KL di +603-21159999. – Says

Google ads
"
"
Back to top button