Artikel Pilihan

AUDI QUATTRO, DENGAN TEKNOLOGI ULTRA. LEBIH EFISYEN

Jenama Audi memang tidak dapat lari dengan populariti sistem pacuan semua roda AWD yang banyak digunakan SUV mereka. Sistem ini mulai dibangunkan selepas Audi mendapati sebuah Volkswagen Elitis yang digunakan oleh pihak tentera berupaya menjelajahi laluan sukar dengan sistem 4×4 walaupun hanya diberikan 75 kuasa kuda sahaja.

Sebaik sahaja dibangunkan dan diuji, Audi mengungguli World Rally Championship dari tahun 1981sehingga tahun 1984 dengan teknologi Quattro mereka. Bagi sistem terkini, evolusi sistem Quattro mereka dikenali sebagai Audi Quattro with Ultra Technologi

Sistem pacuan semua roda merupakan sistem yang bagus jika dibandingkan dengan sistem pacuan 2 roda depan atau belakang dengan beberapa kelebihan seperti

1. cengkaman yang lebih bagus

2. dinamik pemanduan yang lebih baik

3. berupaya menyesuaikan dengan pelbagai keadaan cuaca

4. sesua untuk semua keadaan permukaan jalan

Namun sistem ini datang dengan kelemahan yang utama seperti ia lebih berat dan lebih sukar untuk dihasilkan dan dipakejkan dalam kereta berbanding dengan kenderaan pacuan 2 roda. Malah ia lebih berat sehingga menggunakan lebih banyak bahan api.

Malah sistem ini juga mengalami masalah kehilangan tenaga mekanikal akibat kurang cekap. Ini menjadikan sebuah SUV yang dipasang dengan sistem AWD lebih berat, lebih mahal dan menggunakan lebih banyak bahan api berbanding dengan SUV pacuan 2 roda.

Bagi mengatasi masalah ini, Audi Quattro Ultra Technology diperkenalkan khusus bagi menangani masalah kecekapan bahan api. Antara matlamat utama sistem ini ialah AWD boleh digunakan dengan lebih baik dengan penggnaan bahan api minima.

Pemerhatian jurutera Audi mendapati sistem pacuan roda depan adalah jauh lebih cekap berbanding pacuan semua roda dalam penggunaan bahan api. Jadi sistem AWD ini mesti menggunakan tayar depan pada kebanyakan masa tapi boleh berubah menjadi AWD dalam sekelip mata bila diperlukan. Sistem ini juga mesti boleh kembali menjadi pacuan 2 roda selepas keadaan tidak lagi memerlukan

Ini menjadikan AWD hanya digunakan bile diperlukan dan SUV Audi kekal menggunakan pacuan 2 roda bagi menjimatkan bahan api. Senang bila cakap, tapi agak susah untuk dilaksanakan. Untuk itu sistem Quattro Ultra mesti berupaya mengesan kebarangkalian berlakunya gelinciran tayar sebelum ia terjadi bagi memastikan sistem AWD dapat diaktifkan dengan segera

Untuk menghasilkan sistem yang boleh membuat keputusan dan mengaktifkan sistem AWD secara automatik, Quattro Ultra menggunakan pelbagai sistem elektronik, pengesan yang digabungkan dalam satu unit kawalan yang akan memantau sudut putaran stering, pecutan dan tork enjin.

Dalam setiap 10 milisaat, sistem Quattro Ultra akan menganalisa data yang diperolehi bagi menentukan samaada sistem AWD ini patut dibuka ataupun tidak. Sebagai contoh jika sistem mengesan tayar depan kehilang cengkaman sewaktu selekoh, ia akan mengesan dan mengaktifkan sistem AWD sebelum gelinciran tayar berlaku

Malah sistem Quattro Ultra juga akan menerima input daripada sistem kawalan kestabilan elektronik dalam membuat keputusan. Antara input lain yang boleh dikesan termasuklah keadaan cuaca, permukaan jalan dan juga cara pemanduan yang dibuat

Dengan kaedah ini, kenderaan Audi boleh menggunakan sistem AWD pada masa yang tepat dan menjimatkan bahan api. Permukaan jalan yang basah, bersalji dan juga permukaan jalan yang longgar seperti pasir akan mengaktifkan sistem AWD dalam masa 250 milisaat sahaja

Sistem Quattro Ultra juga menggunakan keadah dua klac, satu untuk gandar depan dan satu untuk gandar belakang yang akan diaktifkan dan diputuskan mengikut keputusan sistem kawalan pintar. Dengan memutuskan klac, mechanical lost dalam sistem akan dikurangkan dengan ketara dan mengelakkan sistem AWD menjadi drag ketika kenderaan bergerak

Sistem Quattro Ultra juga akan bekerjsama dengan ESC bagi memberikan vectoring ketika selekoh. Sebagai contoh jika mengambil selekoh kanan, sistem ESC akan membrek di tayar sebelah kanan manakala sistem Quattro akan memberikan tork pada tayar di sebelah kiri.

Google ads
Back to top button