PEREKA FERRARI ENZO MENGAKU SALAH MEMANDU MELEBIHI HAD LAJU, BAKAL DI PENJARA 4 BULAN
Pereka Ferrari Enzo asal Jepun, Kiyoyuki ‘Ken’ Okuyama, dilaporkan berhadapan tindakan undang-undang setelah memandu melebihi had laju ditetapkan di Jepun.
Kiyoyuki ‘Ken’ Okuyama berhadapan hukuman penjara selepas memandu pada kelajuan 128 km/j dalam zon 40 km/j pada tahun lalu.
Pada perbicaraan awal tahun ini, peguam Okuyama cuba berhujah bahawa dia perlu memecut laju untuk membantu menyejukkan enjin 6.0 liter V12 Enzo yang berkuasa 651hp.
Walaupun pereka itu mempunyai pengetahuan mendalam tentang sistem penyejukan Ferrari, namun alasan berkenaan tidak boleh digunakan untuk meyakinkan mahkamah.
“Memandu laju adalah amat berbahaya,” kata Hakim, Osamu Imai, dan menjatuhkan hukuman penjara empat bulan kepada Okuyama, seperti yang dituntut oleh pihak pendakwa.
Walau bagaimanapun, jika pereka berusia 63 tahun itu boleh menjaga kelakuannya, dia sebenarnya tidak perlu menjejakkan kaki ke penjara, kerana hukuman itu telah ditangguhkan selama dua tahun, kerana dia mengaku melakukan kesalahan tersebut.
Seiring dengan menghadapi pertuduhan itu, Okuyama memohon maaf kepada orang ramai serta bersumpah untuk tidak memandu melebihi had laju atau membahayakan nyawa orang lain.
- BACA: ALAHAI, TAKKAN TUNJUK FERRARI JE? KAT SINI SIAP SEWA KAPAL TERBANG DIK
- BACA: LELAKI MABUK LARIKAN FERRARI DAN ROSAKKAN 4 YANG LAIN – ORANG MABUK PUN KENAL FERRARI
- BACA: SPRM BURU 100 UNIT KERETA MEWAH FERRARI, MCLAREN KELUAR DARI LANGKAWI
- BACA: FERRARI KC23 – MODEL ONE-OFF UNTUK PEMILIK TERISTIMEWA