
GARA-GARA KELUAR SIMPANG MENGEJUT, LORI REMPUH DUA KENDERAAN
Tindakan pemandu sebuah kereta yang keluar simpang secara mengejut mengakibatkan sebuah lori terbabas sebelum merempuh dua kenderaan lain di Jalan Lebuh Puteri, Bandar Puteri.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Lebuh Puteri ketika sebuah lori jenis Inokom dipandu seorang lelaki dari arah Lebuh Puteri (IOI Galeri) menghala ke KPMC Puchong.

“Lori tersebut melanggar sebuah kereta jenis Honda City yang dipercayai keluar simpang secara mengejut mengakibatkan ia terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar dua lagi kenderaan berhampiran,” katanya.
Jelas beliau lagi, kejadian tersebut bagaimanapun tidak mendatangkan kecederaan kepada kesemua mangsa terlibat.
“Pemandu lori serta Honda City tersebut masing-masing tidak mengalami kecederaan dalam kejadian.
“Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 17 LN 166/59) untuk tindakan selanjutnya.” – Sinar Harian
- BACA: SESI PERTEMUAN HYUNDAI i30 N BERTUKAR KEPADA SESI KEMALANGAN – REKOD DUNIA JUGA NI
- BACA: SIC KOMITED TENTANG KESELAMATAN – JALANKAN SIASATAN INSIDEN KEROSAKAN, KEMALANGAN
- BACA: KEMALANGAN SEBAB LEMBU MELINTAS MENGEJUT, MANA OWNER LEMBU MENGHILANG?
- BACA: WANITA PANIK, LELAKI TIBA-TIBA MELOMPAT KE ARAH KERETA, SENGAJA CETUS KEMALANGAN