Buletin

TOYOTA YARIS HOT HATCH – BERPRESTASI TINGGI, 210hp!

Toyota akan mendedahkan model Yaris berprestasi tinggi pada acara Geneva Motor Show 2017, Mac depan. Ia jelas mengambil inspirasi daripada Yaris WRC baharu yang bakal melakukan debut dalam perlumbaan Monte Carlo Rally tidak lama lagi.

Dibina di atas model Yaris tiga pintu, model itu dikatakan dijana oleh enjin berkuasa lebih 210hp. Selain enjin yang berkuasa, seluruh rangkaian Yaris akan menerima perubahan dari segi luaran dan dalaman.

Sebagaimana yang boleh dilihat pada gambar ini, Yaris hot hatch mendapat bampar hadapan dan belakang agresif. Selain grafik sisi dengan warna pasukan rali baharu dan spoiler belakang yang besar.

BACA: TOYOTA STARLET OTAI!

BACA: TOYOTA STARLET 4 THROTTLE

Pelbagai modifikasi teknikal juga dibuat demi menambah baik aspek keselesaan dan pengendalian secara keseluruhannya. Harus tahu bahawa Toyota sudah begitu lama tidak menghasilkan model hat hatch selepas Starlet sekitar tahun 1990-an.

Pembangunan model yang dipantau oleh sub jenama Honda, Gazoo Racing ini dijangka bersaing dengan model-model seperti Ford Fiesta ST, Peugeot 208 GTI.

Dalam satu kenyataan pada Disember lalu, Toyota mengumumkan bahawa Unit Pembangunan Sukan Bermotor dan Divisyen Pengurusan Kenderaan Sports akan bergabung menjadi Toyota Gazoo Racing Development Division.

Langkah itu dibuat bagi mempercepatkan proses pembangunan kenderaan spots prosuksi massa. Selain memudahkan pemindahan maklumat dan maklum balas daripada komponen kereta lumba ke dalam kenderaan harian biasa.

Google ads
Back to top button