
PERLUMBAAN F1 DALAM HUJAN YANG BAHAYA DAN DIMENANGI RAJA HUJAN
Memandu dengan selamat ketika hujan lebat dan jalan basah adalah satu perkara mencabar, apatah lagi berlumba ketika hujan lebat. Kehadiran air pada permukaan litar akan menyebabkan “contact patch” antara tayar dan permukaan jalan menjadi minima serta berisiko untuk mengalami fenomena aquaplaning.
Namun ia tidak menghalang beberapa juara dunia melakar nama dan rekod yang unik sepanjang karier mereka dengan memenangi perlumbaan dengan cuaca yang sangat mencabar.
1. GP Itali, 2008 – Sebastian Vettel dari pasukan Scuderia Toro Rosso melakukan satu kejutan besar kepada pasukan lain apabila pemandu yang berusia 21 tahun ini berjaya mencatatkan masa terpantas ketika ujian. Dengan catatan masa 1.37.555 Vetter berjaya menjuarai GP Italy dalam keadaan basah dan hujan lebat.
Perlumbaan dibuat dengan cuaca hujan lebat dan suhu 14 darjah Celcius serta menggunakan tayar “extreme wet wheather”. Kebolehan Vettel memandu dalam keadaan basah ini membolehkan dia menjuarai perlumbaan F1 pada tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013 bersama-sama pasukan Red Bull Racing

2. GP Brazil, 2016- Max Verstappen tidak pernah menjuarai F1 tapi setakat musim 2021 ini dia mendahului pungutan mata sebanyak 351.5 mengatasi juara bertahan Lewis Hamilton. Ketika GP Brazil 2016, Max menunjukkan kebolehan luar biasa dengan memulakan perlumbaan pada kedudukan ke 5
Hujan lebat menyaksikan perlumbaan dimulakan dengan bantuan Safety Car sehingga pusingan ke 8. Apabila perlumbaan dimulakan semula, Max lambat masuk untuk menukar tayar memaksa dia ketinggalan jauh. Max terpaksa memotong 11 pelumba lain ketika berlumba dalam hujan bagi membolehkannya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke 3

3. GP Japan, 1976 – musim ini merupakan musim yang sengit bagi merebut kejuaraan antara Niki Lauda dan juga James Hunt. Sehari sebelum perlumbaan bermula, hujan lebat telah bermula dan berterusan sehingga hari perlumbaan. Litar menjadi sangat basah dan bahaya selain daripada masalah kabus tebal.
Malang buat James Hunt apabila tayarnya pancit membuatkan kedudukannya jatuh ke tempat ke 5 ketika berlumba. James Hunt menunjukkan skill pemanduan yang menakjubkan dengan menewaskan 2 perlumba ketika perlumbaan berbaki 2 pusingan bagi merebut tempat ke 3.

4. European GP, 1993 – dimenangi oleh Ayrton Senna selepas memulakan perlumbaan dari posisi ke 4 dalam keadaan cuaca basah dan sejuk. Senna menunjukkan kemahiran yang sangat tinggi dalam mengawal jentera McLaren dengan litar basah
Senna berjaya memintas Alain Prost, Michael Schumacer dan juga Damon Hill dalam perlumbaan ini bagi menamatkan perlumbaan pada kedudukan pertama. Malah Senna berjaya mencatatkan masa terpantas pada pusingan ke 18 dengan catatan masa 1.18.029

5. British GP 2008 – Kali ini Lewis Hamilton bermula dengan menggunakan tayar basah dan membuat pertaruhan berani pada pusingan ke 34 dengan meneruskan penggunaan tayar basah. nasib menyebelahi Lewis apabila hujan mulai turun dengan lebat
Suhu persekitaran jatuh pada 15 darjah Celcius namun Lewis berjaya mengekalkan rentak perlumbaan bagi menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama, hampir 1.08 minit lebih pantas dari pelumba kedua. Ketika ini Robert Kubica, Jenson Button, Sebastian Vettel, dan David Coulthard mengalami kemalangan ataupun terbabas.

6. GP Spain 1996 – jentera Ferrari yang dipandu oleh Schumacher ketika ini hampir 1 saat lebih perlahan berbanding pasukan William dan ketika memulakan perlumbaan, masalah klac menyebabkan dia hilang 5 kedudukan akibat permulaan yang teruk.
Tapi sepanjang perlumbaan Schumacher memotong semua lawannya yang bergelut untuk mengawal kereta di dalam hujan. Dia menyudahkan perlumbaan pada kedudukan no 1 dengan 45 saat lebih awal daripada pelumba kedua

7. GP Portugal 1985 – Senna pada ketika ini memandu kali kedua buat pasukan Lotus berupaya menunjukkan kemahiran luar biasa dengan berlumba dalam hujan. Ketika ini juara tersohor seperti Alain Prost dan Keke Rosberg bergelut untuk memandu dengan laju waima di jalan lurus
Senna berjaya mendahului sebanyak 10 saat pada pusingan ke 10 dan menyudahkan perlumbaan dengan kelebihan masa 1 minit 2 saat di depan pasukan Ferrari.

8. GP Germany 1968 – perlumbaan dibuat di litar paling bahaya dan susah di dunia iaitu Nurburgring. 4 bulan sebelum GP German diadakan di sini, mendiang Jim Clarke terbunuh di litar ini ketika perlumbaan lain. Jackie Stewart dengan menggunakan tayar basah buatan Dunlop berupaya mendahului 34 saat ketika perlumbaan
Jalan yang basah, berkabus dan pergelangan tangan Jackie yang patah adalah gabungan yang mustahul untuk menang, tapi Jackie menamatkan perlumbaan dengan kelebihan masa 4 minit. Jika diikutkan standard perlumbaan hari ini, keadaan litar sebegini tidak akan dibernarkan untuk berlumba.
Ini adalah beberapa contoh di mana juara F1 mampu melakar kejutan walaupun ketika hujan dan litar basah. Tapi ada masa mereka tewas dan ada masa mereka menang. Kalau anda memandu di jalan raya ketika hujan, ingatlah juara F1 dunia pun boleh terbabas ketika hujan. Apatah lagi kita sebagai pemandu biasa