Artikel Pilihan

PERODUA ALZA 2022 VS HONDA BR-V 2022. MANA LAGI BEST?

Pasaran MPV atau SUV dengan kapasiti 7 tempat duduk memang ada tempat yang istimewa di Asia Tenggara. Dengan harga yang mampu milik, luas dan datang dengan pelbagai ciri moden yang menarik maka tidak hairanlah sesetengah SUV atau MPV segmen B ini dibangunkan khas di sini, bukannya di Jepun.

Contoh yang terbaik ialah Honda BR-V serba baru dan juga Toyota Veloz / Perodua Alza baru yang bakal dilancarkan nanti. Tapi bagi pasaran Indonesia, kedua dua model ini telah dijual dalam julat harga yang hampir sama menjadikan kedua-dua model ini bersaing sengit antara satu sama lain.

Bagi pembeli yang ingin memilih antara Honda BR-V dengan Perodua Alza, berikut ialah perbandingan ringkas antara kedua dua kenderaan tersebut:

1. Saiz- Perodua Alza datang dengan panjang 4475mm, lebar 1750mm dan juga tinggi 1700mm. Honda BR-V pula datang dengan saiz 4575mm, lebar 1738mm dan juga tinggi 1696mm. Dari saiz luaran, Toyota Veloz besar sedikit berbanding dengan Honda BR-V

Alza datang dengan rekaan MPV manakala BR-V akan datang dengan rekaan crossover

2. Keluasan kabin -bagi mengukur saiz kabin ia ditentukan dengan jarak antara roda. Dalam aspek ini Perodua Alza lebih panjang dengan 2750mm berbanding dengan Honda BR-V pada 2700mm. Semakin panjang jarak antara roda, makin luas kabin kenderaan

3. Enjin – Perodua Alza menggunakan enjin dual VVT-i 1500cc 4 silinder menjana sekitar 105 kuasa kuda dan 138Nm tork sebelum dipadankan dengan transmisi CVT dengan ciri manual. Bagi Perodua Alza nanti besar kemungkinan ia akan dipadankan dengan transmisi Dual Mode CVT

Kelebihan pada Honda BR-V ialah ia datang dengan enjin 1500cc i-VTEC menghasilkan 119 kuasa kuda dan 141Nm tork. Ia lebih berkuasa berbanding dengan Toyota Veloz memberikan pengalaman pemanduan yang lebih memuaskan. Sama seperti Toyota Veloz, Honda BR-V akan dipadankan dengan transmisi CVT

4. Cesi – Honda BR-V dan Toyota Veloz dibina berdasarkan cesi monocoque, jadi tanggapan awal ialah kedua dua model akan memberikan pengalaman pemanduan sama seperti memandu sebuah kereta sedan. Malah dalam aspek sistem suspensi, semua model menggunakan topang McPherson di bahagian depan dan torsion beam di bahagian belakang

Cuma dalam aspek brek, kembar Alza iaitu Veloz lebih ke hadapan berbanding dengan BR-V apabila ia menawarkan sistem brek cakera di bahagian belakang berbanding BR-V yang hanya menawarkan brek dram. Malah Veloz juga menawarkan ciri Autohold dan juga brek parkir elektrik berbanding dengan BR-V yang menawarkan brek tangan manual.

5. Ciri moden Alza- lain yang ditawarkan oleh Perodua Alza termasuklah pengecas telefon pintar tanpa wayar, roda stering dengan ciri teleskopik, kamera 360 darjah, dan rekaan corong penyaman udara belakang yang lebih moden dan kompak.

Manakala BR-V menawarkan ciri penghidup enjin kawalan jauh, perehat tangan pada kusyen barisan pertama dan kedua.

6. Sistem keselamatan pintar BR-V – datang dengan teknologi Honda Sensing yang meliputi kawalan pemanduan adaptif, lampu tinggi automatik, Lane Keep Assist System, Honda Blind Spot, brek AEB dan Lead Car Departure Notification

7. Sistem keselamatan Alza – mungkin akan ditawarkan dengan Adaptive Driving Beam, cornering light, manakala peralatan standard termasuklah brek kecemasan automatik, adaptive cruise control, lane centering assist, amaran titik buta dan amaran lintasan trafik di bahagian belakang

8. Aspek keselamatan lain – kedua dua kenderaan akan dilengkapi dengan 6 beg keselamatan udara, sistem kestabilan elektronik, Hill Start Assist, dan 2 poin cagak ISOFIX

Boleh dikatakan peralatan dan ciri-ciri moden yang ada pada Perodua Alza dan Honda BR-V adalah setara. Tapi keputusan untuk membeli BR-V atau Alza nanti akan bergantung pada faktor lain seperti sentimen jenama, kepuasan pemanduan, rekabentuk dan paling penting harga mampu milik.

Google ads
Back to top button