Buletin

DINAMIKJAYA MOTORS KOLABORASI BERSAMA PGM ANJUR KEJOHANAN PGM KIA CHAMPIONSHIP 2022

Pengedar tunggal kenderaan Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd., kolaborasi bersama Professional Golf of Malaysia (PGM) Tour Malaysia dalam kejohanan golf Kejohanan PGM Kia Championship 2022  sehingga Khamis ini di Glenmarie Hotel & Golf Resort.

Kejohanan Kia 54 lubang akan berlangsung di Garden Course of the Golf Resort menampilkan pemain-pemain lelaki dan wanita terkemuka negara.

Antaranya termasuk Shahriffuddin Ariffin, Nicholas Fung, Danny Chia, Aretha Pan, Mirabel Ting dan Ainil Johani.

“Apa yang paling menggembirakan, ia bukan sahaja kejohanan sulung Kejohanan Kia, tetapi menampilkan nama terkemuka dalam kategori lelaki dan wanita di Glenmarie minggu ini.

“Ini adalah perkembangan yang dialu-alukan untuk Jelajah PGM dan Dinamikjaya Motors Sdn Bhd.” kata Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Datuk Seri Ben Yeoh.

Beliau memberitahu Bermaz Auto percaya bahawa kejohanan itu merupakan platform yang menggalakkan bagi kedua-dua pemain golf yang berpengalaman serta muda bercita-cita tinggi di Malaysia untuk mempamerkan kemahiran mereka.

Katanya, ia juga dapat membantu membuka peluang bagi mereka untuk membawa permainan mereka ke peringkat lebih tinggi.

Google ads
Back to top button