Buletin

PERODUA ALZA FACELIFT

Perodua memulakan tahun 2014 dengan penuh grand. Seingat saya, ini mungkin pelancaran paling besar pernah dibuat oleh Perodua. 

SONY DSC

Siap ada pertunjukan fesyen dan siaran langsung program Maharaja Lawak Mega 2013 untuk minggu kesembilan. Lain macam strategi pemasaran Perodua kali ini. Bijak juga, sebelum Maharaja Lawak Mega bermula, bolehlah belek-belek. Kalau berminat, boleh terus tempah. Senang.

EMY_0506 (1)

Bertempat di pusat beli-belah One Utama, Perodua memperkenalkan model facelift MPV keluarannya, Alza. MPV itu kini ditambah dengan pelbagai ciri baharu. Lebih menarik lagi, harganya diturunkan sebanyak 2.1 hingga 7.4 peratus berbanding model sebelumnya. Ini bermakna, pengguna mendapat tambahan ciri yang bernilai di antara RM1,117 hingga RM5,177 bergantung kepada varian yang dipilih.

harga alza

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh memberitahu pengurangan harga itu mampu dilakukan selepas pihaknya menjalankan penjimatan pada keseluruhan ekosistem pengeluarannya.

Mula dibuka pada 20 Disember 2013, tempahan Alza kini sudah mencecah 5,000 unit. Untuk rekod, Perodua telah berjaya menjual 167,000 unit Alza sejak diperkenalkan pada November 2009.

SONY DSC

Alza ditawarkan dalam lima varian iaitu Standard (MT dan AT), SE (MT dan AT) dan Advanced Version yang hadir dalam versi automatik sahaja. Penambahbaikan meliputi ciri keselamatan, audio visual dan rekaan dalaman yang lebih versatil.

Sebagai contoh, ISOFIX dan tempat duduk baris ketiga yang boleh dilipat dua kini dipasang sebagai ciri standard pada semua varian. Sementara bagi varian automatik, perehat tangan dengan ruang penyimpanan barang disediakan untuk kemudahan anda.

ISOFIX System_2nd Row Only

Aspek keselamatan ditingkatkan lagi menerusi dua beg udara, sistem brek ABS dengan EBD dan BA. Brek hadapan adalah jenis cakera dan brek gelendong untuk roda belakang. Harus tahu juga bahawa Alza mendapat penarafan empat bintang dalam ASEAN NCAP.

Sebagai varian paling lengkap, Alza Advanced Version dibezakan menerusi kemasan dalaman monotone berwarna hitam, sistem multimedia dengan navigasi dan kamera undur, monitor yang dipasang pada bumbung, tempat duduk kulit serta cermin sisi boleh lipat.

1_4_Front_Right_SE_Red

Pada bahagian luaran pula, varian-varian tersebut dibezakan melalui lampu kabus, rim aloi bersaiz 15 inci, spoiler belakang, filem keselamatan pada tingkap, skirting dan banyak lagi.

Alza masih dikuasakan oleh unit enjin DOHC, 16 injap dengan sistem DVVT bersesaran 1.5 liter yang dipadankan bersama kotak gear manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan. Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa sehingga 104PS @ 6,000rpm dan tork maksimum 136Nm @ 4,400rpm.

Interior_SE

MPV kompak itu ditawarkan dalam lima warna iaitu perak, ungu, hitam, putih serta warna baharu, merah yang khas untuk varian SE dan Advanced Version. Bagi menjadikan pembelian Alza semakin berbaloi, Perodua menawarkan servis percuma selama tiga tahun. Memang menarik!

[hr]GALERI 

2nd Row Seat3_4_Front_Left_STD_SilverArm Rest with Compartment_Auto OnlyFront New GrilleInterior_STDMeter CombiRoof-mounted Monitor_AV OnlySplit Folding_3rd Row Seat

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button