Stail

HERCULES VERSI HARLIN

Judul: The  Legend of Hercules

Genre: Epik/aksi/fantasi

Pengarah: Renny Harlin

Pelakon: Kellan Lutz, Liam McIntyre, Scott Adkins, Roxanne McKee dan Liam Carrigan.

Bintang: *** 

DSC_5719.NEF

Ada dua faktor daya tarikan yang terdapat pada naskhah terbaharu mengenai legenda mitos Greek, Hercules ini. Pertama, ia diarahkan oleh Renny Harlin, nama  yang pernah mengarah filem-filem seperti  A Nightmare on Elm Street 4: The Dream Master, Die Hard 2, Cliffhanger, The Long Kiss Goodnight  dan  Deep Blue Sea.

DSC_6650.NEF

Kedua, pelakon yang merealisasikan karakter Hercules kali ini ialah aktor sasa, Kellan Lutz yang cukup dikenali dengan watak lakonannya sebagai Emmett Cullen dalam siri filem pecah panggung, Twilight.

Justeru, gabungan Harlin dan Lutz dijangka mampu memberikan impak untuk mencetuskan kehebatan naskhah mutakhir tentang Hercules ini.

DSC_4616.NEF

Masih bercerita tentang kelahiran bayi separuh manusia dan separuh tuhan yang dikenali sebagai Hercules, kali ini watak mitos Greek tersebut dikembangkan untuk tampil sebagai mangsa bapa tirinya sehingga dirinya dihumban menjadi hamba angkara percintaan terlarangnya dengan Puteri Hebe.

IMG_2259.JPG

Biarpun visualnya kelihatan hebat terutama dipenuhi babak pertarungan yang cukup hidup, namun semakin lama The Legends of Hercules dilihat semakin mirip filem-filem seumpamanya yang pernah muncul sebelum ini.

DSC_3679.NEF

Paling ketara naskhah ini didomanisi oleh elemen yang pernah diterapkan dalam filem 300. Malah, ia terasa seperti menonton sekuel 300 khususnya impak  penggunaan CGI  bagi menghidupkan adegan pertarungan yang membabitkan ribuan tentera.

IMG_1509.JPG

Tidak terkecuali, ada antara babak filem ini mempunyai persamaan dengan filem epik laknan Brad Pitt, Troy. Malah, Hercules yang digambarkan sebagai hamba juga segera mengembalikan memori kepada filem Ben Hur. Babak dalam arena pertarungan turut menyamai filem-filem seperti Gladiator dan Spartacus.

Justeru apakah yang  mampu menyelamatkan filem ini daripada dilabelkan sebagai satu lagu produk klise Holywood? Ia bergantung kepada penonton. Jika penonton belum pernah menonton 300, Troy, Gladiator, Spartacus dan Ben Hur, maka mereka akan mendapati The Legend of Hercules  sesuatu yang wajar ditonton.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button